Sesaat Yang Menginsafkan


Assalamualaikum...
Hari ni hari Khamis bersamaan 4 Jun 2015.

Pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan nak pergi kerja, saya bawaklah kereta macam biasa.
Macam biasa yang saya maksudkan di sini adalah....
Bawak laju2, langgar semua peraturan yang mampu hee~
Pastu bila kena sama buat2 tak tahuuuuu huhuhuhu... =P

Hari Khamis selalu banyak gila lori, jenuh nak potong arghhh.
Tambah pulak dengan jalan berselekoh plus double line, memang arghhh sabar2~
Okey tu tak mencabar sangat, potong jela kalau agak2 lepas tu ennnn..

Tapiiiii...
Tiba kat traffic light Persimpangan Jalan Salleh - nak ke Lebuhraya AMJ,
tetiba lampu bertukar jadi oren
(oren ke? bukan kuning? haha!)

Masa tu tengah laju kotttt, gear 5 okeyyy.
Dalam hati,"Nak benti ke tak, benti ke tak.."
Sambil tangan tukar ke free gear lol~

Patutnya bila dah free gear tu cecepat ah tekan clutch dgn brek an an?
Ni takkkkk!!!
Saya tak tahu nape otak saya tetiba menghasut,
"Woi jalan je, leceh kot nak tunggu lampu ni hijau balik!"
So saya jalan jela hahahaha.. =D

Malangnya, saya lupa masa tu tengah free gear.
Bila saya tekan minyak... Ehhh apesal tak jalan kete ni ceit!
Dia just mengaum vroom vroom je then stuck kat situ haha.
Time ni bolehlah gelak2 lagi..

Tiba je bebetul kat depan jalan kat simpang yang sepatutnya turn dorang bergerak,
saya perasan ada satu motor ni dah gerak tapi dia benti sebab dia nampak saya kat tengah2 jalan tu.
But ada satu hilux sebelah motor tu, maybe dia tak perasan akan kehadiran kereta saya,
maka dia dengan excitednya jalan laju2 bila lampu dah hijau.

Saya cuak gila masa tu, dah la baru nak masukkan gear tetiba hilux tu laju pulak.
Saya hanya mampu berdoa supaya Allah tak amik nyawa saya masa tu.
Saya manusia penuh dengan dosa, tak sedia lagi nak mati tsk tsk.. :'(

Alhamdulillah, Allah dengar gerak hati saya.
Kereta yang tengah laju tadi sempatttt pun brekkkk.
Fuhhh cuba korang bayangkan sipiiii je lagi...
Hanya sesaat okeyyy.. 0.01 saat!
Kalau tak memang.. Boommm!!!!

"Dah kenapa aku ni? Relax boleh tak relax hmmmm.."
Bila dah jadi camni baru nak insap ke nadiaaaa lalalalala~


So berbekalkan 10 minit baki perjalanan yang ada sebelum sampai ke tempat kerja,
saya hanya mampu beristighfar banyak-banyak...

Jantung dari tadi berdegup laju macam orang dilamun cinta.
Astaghfirullah.. Astaghfirullah... Astaghfirullah..
Ampunkan daku Ya Allah... ='(


Okeyyy dah sampai tempat parking! Heeee~
Keluar je daripada kereta, kaki terketar-ketar..
Selalu jalan kemain laju macam nak larikan diri dari perogol.
Tapi tadi kaki macam tak mampu nak melangkah saboo jelaaa...



So moral of the story, pandu cermat jiwa selamat....
Terima kasih Tuhan kerana masih pinjamkan nyawa untukku lebih beringat.. ='(

 A lot of people say they know how to drive, but actually they can't.
Driving doesn't only involve making a vehicle move but in involves knowing road rules and how to be responsible when it comes to driving..

2 comments:

  1. berhati hatilah.. kita tak tahu akan apa yang bakal berlaku..

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh