Nak Kahwin Dah Ke?

Apekepeliktajukni~

Hi stalkers!
Tahun 2015 ni umur saya dah masuk 26 tahun.
Sungguhpun ramai yang tak percaya dan cakap saya macam budak sekolah, 
tapi itulah hakikatnya bahahaha!
*perasanmudasangat*

Memandangkan umur dah mencapai tahap ideal untuk mendirikan rumah tangga (ewah),
maka eloklah saya berkongsi serba sedikit info untuk kawan2 yang masih bujang mcm saya ni.
Plus saya sendiri yang akan baca & study balik entry ni, hmm mungkin dalam masa terdekat... =P


1. Daftar kursus kahwin. 
Done. Saya amik kursus kahwin masa last sem kat UKM. Nampak tak betapa excited nak kahwin ni? Haha actually masa tu ikut2 kawan je. Dalam dewan tidoq aje baq ang. Zzzzz krohhh krohhhhh~

2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding).
Hahaha takde tarikh lagi. Tak tahu nak kahwin bila. Mungkin tahun ni, atau tahun depan, atau atau atau errrr..... Pfftt~

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan.
Apa borangnya? Entah. Saya tahu 1 je, borang kahwin, amik kat Pejabat Agama. Dulu praktikal area tu so tahu la hahahaha. Borang lain tu pandai2 la explore sendiri. Kah!

4. Tentukan tema majlis kahwin.
Tak yah kot. Buat simple2 je, yang penting berkat. Tak gitu? Huhu..

5. Medical check-up (HIV) test.
Opkos nanti akan buat kat sepital muar ni je sebab doktor kat sini semua hensem huahua~

6. Beli barangan hantaran.
Nanti bincang dengan future husband. Ahh sape nak sponsor ni. Takyah nak hantaran2 sangat tak boleh ke? Tapi kalau beli pun, insya Allah tak mahal. Ngeh ngeh~

7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur.
Korang nak souvenir ape? Ce cakap, ce cakap. Nanti saya sediakan hahaks~

8. Gubah barang hantaran. 
Hmmm sape nak tolong gubah ni? Aiyoooo~

9. Tempah juru nikah atau tok kadi.
My dad kenal ramai juru nikah. Takde hal lah kot ngee~

10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. 
Mungkin saya akan jemput sedara-mara and kenalan terdekat je kot. Takat kenal gitu2 je kat FB memang tak ah nak suh datang HAHAHAHA mcm zalim sangat bunyik. Ok tengoklah camne nanti..

11. Tempah atau cetak kad jemputan. 
Hmm nak kad kahwin yang simple2 je. Kalau suami nak yang pelik2, suh dia je bayar sume! =P

12. Tempah pelamin idaman anda.
Tak yah pelamin kot. Bazir je. Kahkahkah~

13. Tempah juru solek atau mak andam. 
Part ni, alahai... Lemah giler nak men mekap2 ni. No mekap tebal2. Less is more..

14. Pilih busana pengantin.
Part ni paling best. Rasa nak pakai baju songket je masa kawin nanti, takpun pakai dress yang macam dalam citer Frozen tu bahahaha... =P

15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering.
Ni penting. Tetamu harus diraikan. Ok, yang ni kena amik serius hikhik~

16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. 
Sedara ada DSLR, kawan pun ada, ahhh upah dorang jela nanti. Gambar mahal2 bukan boleh bawak sampai ke kubur... =P

17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band. 
Antara banyak2 benda ni, kompang je kot yang akan dipertimbangkan, yang lain malas haha!

18. Tempah atau cetak banting atau signage. 
Ok, yang ni saya buat sendiri pun takpe kot. Kah!



p/s:
Ingat senang nak buat majlis kahwin?
Ikutkan hati nak nikah je, pastu buat kenduri doa selamat.
Settle masalah... K bye!
Kongci pacoi... =)

No comments:

Post a Comment

Komen Selagi Boleh