Tahniah Cik Peguam

Assalamualaikum..
Tengah skrol2 FB tetiba keluar kat news feed TARAAAAA...
Senior2 saya dah selamat jadi peguam.

Buat pengetahuan kamu semua, peguam syarie dilantik mengikut negeri.
That means, kalau kita nak jadi peguam negeri Johor, kita kena apply lah.
Kalau nak jadi peguam semua negeri, kena apply lahhhh haha (ayat apa aku guna neh)..

Peguam syarie tak macam peguam sivil, once peguam sivil dah dapat lesen untuk jadi peguam,
maka dia boleh beramal sebagai peguam di setiap negeri di Malaysia.
Sedangkan peguam syarie hanya boleh beramal hanya di negeri yang dia telah ditauliahkan saja.

Syarat pengambilan masuk sebagai peguam syarie di setiap negeri juga berbeza antara satu sama lain.
Ada negeri yang ada exam, ada yang tak, ada yang kena interview, ada yang tak.
Tapi kalau kat Johor, dua-dua ada. Exam dan interview HAHA.
Jawab exam dalam tulisan jawi okeyyy. That's why i love Johor hin hins (tak memasal).


Soooo inilah senior-senior saya yang dah selamat jadi peguam baru-baru ni.
Mereka kini boleh beramal di Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.


Gambar ni curi dari FB Kak Mimi kuikuikui~
Jubah peguam tu harga dekat RM400 jugak. 
Yana cakap dia beli kat Hugo Clothier.
*ada sape2 nak sponsor takkkk*


Tahniah Salwa, Iela, Yana, Kak Mimi & Kak Mun.
Doakan saya dapat ikut jejak langkah mereka tahun depan.
Insya Allah... ^_____^



IKLANJAPPPPPPPP
Fendy, Kak Long, Nadia, Fatinah, Dayah, Azlan.
Gambar kenangan waktu Mock Trial kelmarin.
Tengah demam masa ni tapi sempat acah-acah lawyer gittew....

=P

Babai~~~

No comments:

Post a Comment

Komen Selagi Boleh