Majlis Pertunangan Husna & Asri


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.
Terima kasih kerana masih setia bersama rancangan Semanis Kurma,
tapi kali ni bukan Ustazah Bahyah yang mengacara, tapi Ustazah Nadia take over hokey.. ^_^

Bulan Disember adalah bulan yang sesuai untuk menyatukan ikatan kekeluargaan.
Ramai yang mengambil peluang cuti sekolah yang panjang ni untuk mengadakan pelbagai
majlis termasuklah majlis perkahwinan dan pertunangan. Ehemmm awak tu bila lagi?
Okeh baiklah jangan lari topik..


Entri kali ni saya nak kongsikan dengan antum semua gambar-gambar sekitar 
majlis pertunangan anak perempuan kepadan pasangan pendakwah kesayangan ramai,
iaitu Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid & Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood.


Wan Nur Nadiyatul Husna
merangkap senior satu kos dengan saya sewaktu menuntut di UKM dulu. 
Walaupun kami pernah berada dalam kelas Bahasa Inggeris yang sama,
tapi disebabkan teruja gile, niat untuk tegur depan2 terpaksa dipendam begitu saja HAHA.
Mengenali beliau secara peribadi saya boleh katakan Kak Husna ni memang cukup berani.
Walaupun berbadan kecil, tapi beliau bijak berkata-kata seperti ibunya.
Ke mana tumpahnya bakat ibu kalau bukan pada anaknya kannnn hehehehe..

Sebelum ni saya tak pernah tahu pun yang anak ustazah Bahyah ni adalah senior saya.
Bila masuk semester kedua Tahun Pertama, kebetulan masa tu saya buat-buat terserempak dengan 
Ustazah Bahyah, barulah saya tahuuu.....  (nak cerita macam panjang, boleh klik kat SINI)

Okeylah, takmau celoteh banyak sangat, jom tengok gambar pulak..



















Tahniah Kak Husna atas pertunangan ni.
Semoga akak sekeluarga terus berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.
Sumber gambar: credit to Ilham Photography


p/s: Jutaan tahniah diucapkan kepada Ustazah Bahyah kerana menjadi salah seorang penerima bagi Anugerah Tokoh Serikandi negara baru-baru ini... =)



No comments:

Post a Comment

Komen Selagi Boleh