Kolej Pendeta Za'ba, UKM Bakal Berwajah Baru???

(tajuk kasi tanda soal biar nampak lebih dramatik haha)


Hello hai...
Tengah busy tapi nak update jugak
Lantaklah ada orang baca ke tak haha

Sooo entry kali ni pasal
Jeng jeng jeng
Proses Pelupusan Perabot Lama
(giler ayat tak sedap)
Yeyayhhhh~!!

Sejak Kolej Pendeta Za'ba dibeli oleh UKM secara rasmi hari tu
Maka banyaklah pembaharuan yang dapat dilihat
Tapi yang part tukar2 perabot ni memang drastik giler

Sebelum ni adelah staf datang bilik kitorang
Nak ukur almari katanya
Dah le masa tu aku baruuu je nak tido
(tengah hari butee mmg best tido baq ang)
Aku tanya kat abang tu "pehal brader?"
Dia pun watlek watpeace cakap tak lama lagi nak tukar perabot baru
OK fine lah dalam hati macam suka, macam tak suka pun ade haha

Then minggu lepasssssssssss....
Kitorang dapat notis arahan kena pindah blok.
Tapi kenapa? Kenapa cepat sangat??!!
Barang aku dah la banyak kau tahu????!!!!! 
Dengan assignment mcm harem banyak nak mati.
Tapi semuanya dah terlambat.
Takde sape yang cuba nak selami hati dan perasaan kami ni.
At least tolonglah packing barang ke ape ke, kan?
Hahahaha! Gggrrr~

nampak mcm sikit kan?
tapi nak mengemas mmg jenuh.
ni pun dah satu beg besar jugak lah aku packing.
kalau tak memang penuh la bila bukak almari tu haha~

amik kotak besar,
pastu sumbat je semua baju kurung ni.
siap dlm masa kurang 1 minit haha.. =P

keadaan dalam stor.
haihhh serabut tengok baq ang~

Hmmm tapi takpe
Sebagai pelajar yang baik kononnya
Kitorang pindah jugak lah walaupun dalam keterpaksaan
Aku hangkut barang dari Tingkat 5 Blok A pindah ke Tingkat 3 Blok B
Terbaekk lah dia punya penat sehari semalam boleh rasa haha

So tadiiiiiiiiiii....
Aku nak masuk stor amik buku dalam kotak
lupa nak angkut sekali hari tuuu pheww
Tanpa segan silu aku pun tangkap lah gambar untuk tatapan junior
Bakal2 penghuni yang akan memasuki kolej ni buat sesi akan datang

almari

katil + tilam

kerusi

tilam ni best kalau letak kat tempat lompat tinggi sekolah2, sedap landing haha

Tapi pelik. Mana tah gambar meja study.
Aku rasa diorang tak angkut lagi kot. Kot lahhhh haha!
Padahal meja study tu lah perabot yg paling buruk dan sewajarnya dilupuskan ekeke~
Sape yg ade wechat aku tu bolehlah tengok2 camne ghupe almari tersebut (versi lawa punye)
Tak pun meja tu ada tertindih2 kat bawah almari? Hmmm mungkinkah????
Actually memang ada pun kt celah2 almari tu, saje nak tengok korang alert ke tak hiks.. =P


View daripada Blok B,
actually xdelah jauh mana pun dengan Blok A
tapi bila duk angkut barang byk2 tu, fuhhh mcm nak tercabut tangannnn...

Memandangkan cuma ada 3 bulan je lagi aku stay kolej ni
Mungkin aku akan merindui setiap detik terindah di sini
Aku pasti akan merindui perabot2 baru tersebut wuhuu. Tsk Tsk Tsk LOL
Gonna update this blog when perabot baru sampai soon~!!!
Can't wait for that moment HUAHUAHUAHAHAHA~
(mimpi la nk update, better korang tengok sendiri nnt kay? surprise!!!! haha..)


nota pelupusan:
# cuti mid sem balik lambat sikit sebab ada kelas hari sabtu.. T_T

6 comments:

  1. Tetiba teringat masa hujung sem. Penat mengemas. Penat nak pindah barang dalam stor. Pastu bukak sem nak angkat lagi sekali. But, it's student life. Memori sangat. Hehe

    ReplyDelete
  2. waaahhhh.. banyak betul almari nyaaa... dah macam nak pindah rumah dah. hehehe, byk sgt barangnya... hehe

    ReplyDelete
  3. uish tang almari tu segedebak macm tu kan..hehe..
    anyway salam perkenalan :-)

    ReplyDelete
  4. mak aih.... banyak btul barangnye...jenuh mengangkut

    ReplyDelete
  5. salam, tumpang tanya, adakah Kolej Pendeta Zaba mewajibkan pemakaian tudung ketika program MMP? thanks.

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh