Kejohanan Piala Dekan 2014


Hai semuaaaaaaaaaaaaaa....
Lama tak update, sibuk dengan hal duniawi katakan ekekeke~
Soooo kali ni nak share pasal Kejohanan Piala Dekan (KPD) yang mana event ni dah jadik macam event wajib tahunan jugak lah kat fakulti aku. Apa yang sedih kali ni, aku tak dapat join mana2 acara sebab demam sobsob. Kalau tak, muka ni jelah yang jadi atlet bagi Kelab Hujjah hak hak tuih~

Tapi takpe, masa majlis penutup tu aku dah okey laaa. So kat sini nak cter pasal malam majlis penutup je hehe. Sebelum tu, of course lah tengok bola dulu kan. Final bola sepak antara Jabatan Syariah (Hujjah) vs Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (Jannah). Masa Maghrib tu aku ada kat The Mines lagi sebab ada urusan (cehh urusan la sangattt), then bila nak balik UKM semula tu memang rushing gler la, tapi disebabkan nak tengok bola punya pasal, so nak xnak kena balik jugak kan? Haha. Balik mandi tukar baju semua, datang stadium ngam ngam game baru nak start. Fuhhh nasib baik sempat hahaha! 


Jannah (jersi hijau) vs Hujjah (jersi hitam)

Tak pernah2 aku excited nak tengok bola smpai camni haha~~

Pengadil pun nak bergambar juge kau tahu teehee.. =P

Captain Jannah tengah tunjuk skill. Go captain go! Huhu.. ^_^

Okeylah, aku bagitahu result jela senang. Gol keseluruhan Hujjah 4-0 Jannah. Walaupun Jannah kalah, tapi diorang dah cukup bagus bila dapat sampai ke peringkat final ni. Semangat kesukanan tu yang penting, tak kira siapa menang atau siapa kalah. Buat team Jannah, jangan putus asa ye! Buat team Hujjah pulak, tahniah sebab dapat jadi Johan sekaligus membanggakan Prof Amir, selaku pensyarah dari Jabatan Syariah (Hujjah) merangkap perasmi bagi majlis penutup pada malam tu huhu.. =)


Prof Amir hensem.. =D 

Medal untuk atlet yang menang heee..

Olahragawan/wati Terbaik bagai pinang dibelah dua haha!

Spot aku kalau terer kahkah. Akhir kata, majulah sukan untuk semuaaaa yeyy!!!



# Tesis tak siap lagi baq ang. Tataaaa~


1 comment:

  1. majulah sukan untuk negara...hehehe..blogwalking sini

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh