Jodoh Berdua

Penyanyi : Hafiz Hamidun



Jika cinta mampu untuk kulukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan

Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kitaaaaaaaaaaa
( aku paling suka part ni yang ada ombak menghempas kat pantai tu haha! )


video
p/s : Boleh tengok kat Youtube pastu nyanyi kuat2 dlm bilik. 
Addicted dgn lagu ni. Hahaahaaaaa~! 


Sooooo memandangkan nama blog ni pun "Secebis Bingkisan Untuk Dikongsi", makanya kat sini ada laa sikit benda yang aku nak kongsi tentang perkataan SERASI, kadang pelik jugak, manusia ni suka guna alasan "tak serasi" sebagai punca atau sebab untuk berpisah. Ada yang dah kahwin bertahun2 pastu nak cerai sebab tak serasi? Logik tak? Hmmm. Aku pernah praktikal kat mahkamah babe, so aku tahu la. Selalunya kesilapan kita dalam memahami tentang perkataan SERASI ni adalah mereka yang mempunyai sifat, sikap, ciri, kesukaan dan banyak hal dilakukan bersama-sama. 


Namun hakikatnya, SERASI yang betul2 dimaksudkan dengan SERASI adalah mereka yang lebih banyak memahami, bertolak ansur dan saling mendengar antara satu sama lain sehingga wujudnya rasa bahagia terhadap pasangannya itu. Kiranya sama macam 'give and take' la omputih ghoyak ekekeke. Ayat ni bukan totally datang daripada aku sebab sebelum ni pun aku macam blurr jugak (bukan macam tapi memang blurr), siang malam duk pikiaq apakah definisi SERASI tu haha. So bila dah jadi matang ni laa baru aku paham. LOL. Umur dah 25 kot, pliz lah bangkit, kau bukan budak2 lagi, kalau tak tahun ni, maybe tahun depan dah boleh jadi isteri orang cecey. Ada ke orang nak aku ni? Haha~

Berbalik kepada topik kita yeee...
Bila berkahwin dengan orang yang tak sama sikap, minat dan hobi,
alasannya payah nak serasi.
Bila berkahwin dengan orang yang sama sikap, minat dan hobi,
alasan yang diberi adalah bosan dan tiada kelainan.
Cik kak, encik abang.
Kalau selalu mencari dan mencipta alasan,
nasi di tangan pun tak mampu ditelan.
Pasangan ertinya saling menyempurnakan.
Bila tak sama, ciptalah kesesuaian.
Bila dah sama, ciptalah kelainan sebagai kejutan.
Nak seribu daya, mahu seribu cara.
Kalau tak nak, kalau tak mahu?
Tepuk dada tanya hati
Satu alasan pun sudah mampu menutup segala peluang yang ada.
Soooooo boleh tak jangan jadikan alasan tak serasi tu utk berpisah?





Bahagian paling sukar bukanlah ketika kita harus memutuskan atau harus memilih daripada sekian banyak pilihan yang ada. Akan tetapi, ketika kita harus bertahan dengan pilihan yang sudah diputuskan.
Kerana pada mana-mana bahagian dalam hidup ini nanti, kita boleh jadi dikunjungi rasa “salah pilih”.
Pada saat ini, kita akan muncul sebagai salah satu daripada dua peribadi ini: sama ada akan bermati-matian meyakinkan diri kalau kita “tidak salah pilih” atau yang bermatian-matian bertahan dengan pilihan, meskipun hakikatnya diri sudah sampai pada tahap yang boleh dikatakan tidak lagi mampu untuk bertahan. Dan beruntunglah orang-orang yang selalu mendahulukan Tuhan dalam segala urusan...




p/s: Kesimpulannya, doakan aku dpt suami yg soleh lagi penyayang..ameen... =)

2 comments:

Komen Selagi Boleh