OPKIM '13 @ Terengganu

Assalamualaikum... =D
Alhamdulillah, walaupun agak busy sejak dua menjak ni, tapi sempat jugak lihat dunia luar. After berminggu-minggu practising gamelan sempena konvokesyen kali ke-41 UKM, then sepatutnya aku join ke Melaka ber'picnic' dan ber'babeque' atas sponsor Pusat Kebudayaan (eh?) tapi aku putuskan untuk join OPKIM atau nama penuhnya Operasi Khidmat Masyarakat di Kg. Sungai Berua, Terengganu.

 Apa yang uniknya, OPKIM kali ni bukan dibuat di kampung biasa, tapi di perkampungan yang mana penduduknya terdiri daripada masyarakat orang asli. This is not my first time masuk tempat Orang Asli, tapi my third time after Kampung Sentosa di Johor and lagi satu Kampung ape tah namanya kat Jasin, Melaka. Semuanya sebab join program kemasyarakatan yang bermatlamatkan Dakwah Islamiah..gituuu~~

Singgah breakfast sekejap.. Eh2 Imam Muda Syakir pun ade jugak lah.. Kuikuiui~

Mesti pening tokey kedai ni sebab pagi2 lagi dah kena serbu kitorang haha~

Bergembira di tempat orang (xde idea nak tulis caption). Wakakaka~


Sesi beramah mesra dengan penduduk kampung hoyeahhh~


Walaupun kitorang hanya ditempatkan di dalam balai raya untuk tidur dsb. (bangunan warna biru seperti yang uolss nampak kat atas neh), tapi aku anggap jela mcm kitorang tengah berada kat rumah banglo 2 tingkat siap dengan swimming pool hoccay. tak salah berangan~

Kat balai raya ni hanya untuk peserta perempuan je, yang peserta lelaki pergi lepak kat surau (rasanya lagi kecik kot, xpun sama je. Ntah la, tak sempat nak menjengah haha.) Apapun toilet ada 4 bijik je which is kena share reramai. Selalunya aku antara orang yang terawal mandi, so xdelah rasa sangat nak kena tunggu turn lelama. Kuikuikui~

Aktiviti sepanjang program lebih terarah kepada bermesra dengan penduduknya, xdelah nak dakwah apa sangat pun. Plus, penduduk kat sini tak berapa nak faham bahasa melayu coz they are more to bahasa depa sendiri. Tapi takpe, yang penting group aku (Group 3) telah menjadi Johan Keseluruhan dengan merangkul Tempat Pertama dalam Pertandingan Azan - Sdr. Naim Syafiq, Tempat Kedua dalam Pertandingan sempena Malam Kebudayaan di mana kami membawakan Sajak Bergaya yang bertajuk Aku Anak Derhaka serta Tempat Ketiga dalam Pertandingan Sukaneka.


Aku dgn Razan kena bersajak, yg lain buat gaya lakonan..haaa gituuu...
Pastu kan kan kannnn banyak sangat nak cter weyhhh.. apa kata kita layan gambar je kay.. =D
:: mana gambar nya tahhhhh ::


psstt... entry ni belum siap...
esok aku try sambung update lagi hahahaha~





No comments:

Post a Comment

Komen Selagi Boleh