Praktikal oh Praktikal


Assalamualaikum semua... =)

Lama menyepi, rileks la beb, baru 3 minggu tak update, belum lagi 3 bulan.
Thanks kepada stalker2 yang rajin menanti entry baru dari saya. gagaga~


Hmmm ok, apa nak taip sebenarnya ni, goshhhh, lupa sudah. 
Ohhh ye, pasal praktikal, atau dalam bahasa skema ia juga dikenali sebagai Latihan Industri ataupun lebih mesra dipanggil Latihan Amali. Haha mana2 pun sama je kottt.. =,=
Memandangkan saya bukanlah budak skema, walaupun masa sekolah dulu agak malu2 kucing, makanya saya nak guna perkataan 'praktikal' je.
*cepat dan mudah dimakan*


Sebelum apa2 yang berlaku di antara kita, izinkanlah saya untuk menampal hasil print screen yang telah dibuat dengan gigihnya malam semalam. Ohhh basically xdela surprise mana pun sebab benda ni dah pun selamat diuar-uarkan terlebih dahulu di facebook sebelum entry ini mula berkumandang di radio.





taraaaaaaaaaaaaaaaaa
*sila baca dengan nada excited*


sila zoom bagi sesiapa yang menghadapi masalah rabun. hoho..



Hmm mungkin korang akan cakap, "alaaa praktikal je pun, xpayah nak kecoh sangat laa"
ehhh tapi kan, suka hati orang la nak kecoh ke apa.
marah ni, marahh.. 
cis tetiba nak emo, sepak kang haaa


By the way, praktikal kali ni adalah hasil gabungan bangsa2 bersatu,
dengan kata lain, saya dengan sedaya upayanya cuba menjimatkan masa untuk menjalani praktikal degree + diploma siswazah serentak sebagaimana yang telah disyaratkan.


Pada yang belum tahu, saya sedang menjalani degree
(Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian) Syariah
modul Undang-undang Perbandingan serentak dengan diploma siswazah
(Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam)
di UKM dan akan grad pada tahun hadapan. Insya Allah... =)


Maka dengan itu, adalah menjadi sesuatu yang menjimatkan masa, wang dan tenaga kerana saya hanya perlu praktikal sebanyak satu kali sahaja. What??? Ye sekali saje bagi kedua2 kursus yang sedang saya ikuti. Bak kata Indonesian, lumayan bukan? Mohon doanya yer wahai ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian.. =D



Selamat berpraktikal Nadia Elena !!!!!
Masa ni la baru sesuai nak cari calon habaq hang, LOL.
Memandangkan praktikal pun tak lama, dalam 2 bulan je gitu,
maka harapan untuk mencari calon terpaksa di postpone pada kemudian hari.

Atau adakah anda sudah berpunya?
Jawapannya, kita tunggu selepas ini..
hahahaha boooo nadia boooooo~



copppp ! nak tempek header baru, buruk tapi comel. bahaha~




nota kaki :
Praktikal start bulan 7, haihh lama lagi kot, tapi semangat terlebih ni apa kes?


12 comments:

  1. miss u lah nadia. bz sgt ke sampai 3 munggu tak update? untunglaaa dapat praktikal degree & diploma sekali. nanti ushar2 la abang lawyer @ majistret sorang ye. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik na!!!! miss u too. muahhhx. hihihihi...
      bz tak bz sgt la, bz body je (bz nk kuruskan body). haha!
      alaaa segan la nak ushar2, saya ni kan pemalu.. =P

      Delete
    2. nak kurus sampai tinggal tulang je ke cik adik? haha.. alaaa malu2 meow je kan. huhu..

      Delete
    3. hahahaha nak jugak kurus mcm cik na... =P

      Delete
  2. prktikal je pon...xyah le smangat sngt..haha

    ReplyDelete
  3. Praktikal tu penting pada pandangan Akak sb masa tu la kita nak biasakan diri ngan ruang lingkup kerjaya kita nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...sokong!!!!!
      mana lagi nak cedok pengalaman kalau bukan masa ni.
      heeeeeheee~

      Delete
  4. wahh wahh congrats dear. bestnye dh nk praktikal dahh.. haz bln 9 nanti br start. huwaaa. boo nadia xde calon. haha =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ehhh lambat betul haz praktikal ?
      ingatkan dah boleh terus grad je pasni..
      maklumlah, final year student katakan.. =D

      Delete
  5. wahh bakal peguam ke ni dear..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah jika ditakdirkan sebegitu..
      doa-doakanlah taw ayu. huhuhu.. =)

      Delete

Komen Selagi Boleh