Limau Mandarin Could Make You Slim Just Like Me


:: Entry Khas Sempena Tahun Baru Cina ::

Hamboiiii tajukkauuuuu, btw Assalamualaikum semua..
sori laaaa macam nak tak nak je blogging, busy beb! kehkeh.. =D

korang tahu tak kenapa orang cina suka makan limau masa perayaan diorang?
sebaabbbb....itu merupakan simbol kekayaan menurut kaca mata mereka.
yelah, kaca mata bagi yang rabun jauh, ehhh?
tak kira kau kaya ke, miskin ke, makan jelah limau tu, jangan banyak bunyik
nak kurus tak? nak kurus tak? so makanlah limau bebanyak hoccay..hiks~

LOL. i wonder kenapa mesti buah limau menjadi pilihan
sedangkan banyak lagi buah-buahan tempatan lain yang boleh dimakan
arghh tak kisah la tu. ekekeke~

yang menjadi ISU BESAR kat sini adalah 
"Betul ke buah limau boleh buat kita kurus?"


Kemon girls, uols mesti berminat nak tahu kan?
Listen ok, let me speak. 
gagagaga.



Firstly, korang kena tahu khasiat yang ada di dalam limau mandarin :

Vitamin C
Melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. 

Kalsium
Menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahanan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B
Mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. 

Serat
Mampu menahan rasa lapar di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Antioksida
Melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. 


Buah limau mandarin bukan sekadar enak dimakan begitu saja (seperti roti gardenia ye puan-puan), tapi korang boleh jugak buat jus kalau rajin (tapi kalau korang malas, makan jela limau tu dengan kulit and bijinya sekali. haaa nak memalas sangat kan, kan??) hmmm nak kurus tak? kalau nak kurus kena lah rajin uols. kohkohkoh~

Khasiat Jus Limau Mandarin 
Mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.



Senang je nasihat orang itu ini, diri sendri lum tentu rajin nak makan limau
ohhh basically I tak rajin pun nak makan limau sebabbbbb
kena buang kulit, kena buang dia punya sarang labah2 (benda yang berselirat kat limau tu laaaa), pastu dah makan, nak kena buang biji bagai, perghhh memang malaslah. demm.

Tapi nak kurus punya pasal, ayuh semua !
Makanlah buah limau untuk kurus. hikhik~

Jom hayati video ni,
even kawan kita bagi limau masam, jagalah hati dia keyhh.. =)
klik SINI


Nota kaki:
buah limau sedap dimakan ketika sejuk.
jangan lupa masukkan dalam freezer dulu sebelum makan ye!
*Mood: lari laju-laju pergi kedai apek* 
kbai.

19 comments:

  1. err..err..dan err...burp. aku dh byk makan limau hari. ada kesan sampingan tak klu berlebihan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai miko!!!! *sambil buat muka excited*
      kesan sampingan ye? oh good question! *kelip2 mata*
      apa kata kamu makan je dulu bebanyak, nanti kalau ada tanda2 yang mencurigakan, jangan lupa update entry pasal tu keyh? hahaha. lariiiiiii~

      Delete
    2. aiseeyyymen..=.=' tp aku pernah terdengar klu terlebih pgambilan vit C boleh buat rambut ko cepat gugur...

      Delete
    3. yeke????? thanks miko for this sharing,
      sayang miko lebih ar cenggini.. =D

      Delete
  2. saya nak gemuk. so nak makan ape? kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fakta: 4 jenis makanan yg menggemukkan ialah
      santan, marjerin, minyak dan gula. semoga berjaya cikna!
      gagagaga. tak kisah gemuk atau kurus, janji sihat, kan? =)

      Delete
  3. satu peel gua ialah bila nak makan limau tu mesti nak buang urat-urat dia. leceh betul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? padahal bukannya susah sangat pun..ngeee~

      Delete
  4. wahh byk khasiat kan..mmg nk krus ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi aaaa ayu kan dah nak kahwin..
      haruslah kurus..ehh? mcm xde kaitan je.. xD

      Delete
  5. sgt suke mkn buah limau yg fresh kluar dr freezer! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? rasa mcm xnk benti je bila da start makan tu.. =D

      Delete
  6. patutla aku jadi kurus..
    kurus kat jari jemari..ehhh..

    akk kalau makan limau jadi sesema dan batuk..

    uhuk-uhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? maybe sbb mkn byk sgt kot. haha~

      Delete
  7. paling saited tunggu CNY sebab dapat limau mandarin berkotak2.. haha. time orang india raya saited tunggu berpek2 maruku.. 1 malaysia sungguh. haha.. Betul ke boleh kurus nie? padanlah bila makan overdose asyik nak berak je kerjanya :P tang menghilangkan rasa lapar tu aida setuju memang makan limau nie tak lapar jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa apa cter pasal berak ni aida? =,=
      ish ish ish, kikikikikikikiki...

      Delete
  8. Sejak makan limau mandarin ni ye la skg tgh musim raya cina..berkotak2 la bedal..tapi yang hairannye membuatkan saya salalu kentut dan sedawa..apa sebabnya ye.,boleh komen sikit tak?

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh