MAAFKAN KAMI GAZA & SYRIA


Jom kita ambil masa untuk hayati sejenak bait-bait
 pusi daripada Ustaz Azhar Idrus di bawah.. =')




Derita Kita
derita kita menanti..majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa


Derita Mereka 
apabila anak-anak mereka menjadi kubu 
daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..

para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???

 


bumi Gaza 2012 menjadi tontonan cerita perang 
dalam televisyen setiap umat Islam 
yang jumlahnya berbilion-bilion..

wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai Gaza

kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan




minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci

wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu

wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasaD kamu melawan segala yang jadi musuh Allah

wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terimalah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu 



 sumber


Kita berbicara tentang malapetaka, tentang pancaroba, tapi hati msh terleka. Kita tewas dlm gembira dan tersungkur ketika derita. Andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran,maka sebenarnya ujian itu manis. Allah tdk pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Bersangka baik pd Allah. =)
 

10 comments:

  1. maafkan kami.. hukhuk.. sedih & insaf baca. sgt jauh perbezaan kita kat sini & mereka kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga perbezaan yang ada di antara kita dan mereka ni mampu membuatkan kita rasa lebih bersyukur dan menghargai erti kehidupan...

      Delete
  2. T_T sedih.. kita dekat sini pun masih tak reti nak bersyukur. Allah sentiasa melindungi mereka para mujahidin dan mujahidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida. jom sama-sama muhasabah diri.
      semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.
      Ameen..

      Delete
  3. semoga mereka semua dilindungi Allah S.W.T >.<'

    ReplyDelete
  4. Sedih..betul jgak..derita mereka kat sana tak dpt kita bayangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Mengetahui akan derita yang mereka tanggung.
      insya Allah kita buat apa yang termampu.. =)

      Delete
  5. Sentapnya hati ni...Maafkan dahku wahai saudaraku disana..

    ReplyDelete
  6. moga mereka maafkan kita semua.. =')

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh