Bas Langgar Bas ?


Assalamualaikum semua.
dah baca entry saya yang sebelum ni?
kalau belum, klik older post.
it's all about Rengit, the green bus. hekhek.

dulu boleh la consider lagi sebab bas tu langgar motor, kereta, pokok.
tapi, tapi, tapi...

kali ni Si Rengit tu buat hal lagi.
ini merupakan kemalangan kedua yang berlaku dalam minggu ni.
FYI, Rengit memang selalu sangat rosak.
i dah jumpa lebih daripada 10 kali bas ni tersadai tepi jalan since awal sem hari tu.
so kalau nak dikira, minima memang akan ada 2-3 bijik bas rosak dalam sebulan.
tu yang berlaku depan mata i lah kan, yang lain i tak kira pulak. hewhew.

ok, semorang tahu saiz bas adalah sebesar gajah, right?
tapi sebesar2 bapak gajah tu punn, boleh pulak dilanggar oleh bas yang sama saiz dengan dia.
nak kata jalan sempit, impossible. cuma jalan tu ada bonggol dan berbukit sikit je.
apa tak cukup besar lagi ke? ni mesti driver tu yang tak hati-hati.
maka.....dushhh kebababom~!!!
dan yang peliknya, bas yang melanggar tu adalah adik-beradik dia jugak.. =P

Rengit + Rengit = Hangit

i ada lalu kat tempat ni masa on the way g kelas pagi tadi around 9.30 cmtu.
ok kantoi kat situ i datang lambat pagi tadi. 
(tolonglah percaya ini kali pertama i datang lewat setengah jam. sighh)



i lalu kawasan tu sebelum kedua2 biji bas ni berlanggar.

jalan berhadapan bangunan Tunas Permata & PPU


tersadai kat tengah2 bonggol. ngeh..


bas dah tua kan, camni lahhh gayanya.... =P

dan ini pulak keadaan bas yang melanggar bas yang rosak tadi



rosak bahagian hadapan

habis berlubang cermin tu

 haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
sape cakap bas sebesar gajah tu semua orang boleh nampak?
kes ni berlaku waktu siang hoccay.
kalau malam ke, hujan ke, bolehlah consider sikit.

walaupun xde sape2 yg tercedera, tapi, ishhh itu cuma nasib baik je.
bahaya tetap bahaya u know.
dilaporkan ada 20 orang student dalam bas tu.
i rasa driver bas Rengit ni memang bermasalah.
student xkan cari isu murahan kalau Si Rengit ni tak buat hal.
tepuk dada tanya selera. 
kami student ukm boikot Rengit. we want Kiffah back.
argh stress la cami~!!!
apa pun tak boleh~


34 comments:

  1. driver2 kompeni renggit menggit ni mesti loqlaq..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha loqlaq habessss. tak terdaya nak bertahan..

      Delete
  2. kena anta memorandum kt tan sri
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta sponsor myVi sorang sbijik pun cantik jugak.. =P

      Delete
  3. la...hantar la petisyen suh tukar company bas lain. evidence dh terang2 boleh pangkah rengit tu..btw, yg accident byk2 tu, driver yg sama ker culpritnya? dia accident sbb emo dgn student kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. driver lain. yang sebelum2 tu dah kena pecat. hahaha!
      (siyes buat cter). mana boleh dia emo. kami student ukm semua peramah dan sopan santun setiap kali naik turun bas.
      apa lagi yang diorang nak. tak cukup ayu lagi ke kami ni?
      ekekekekeke~!!!!!! -hantuk kepala kat dinding

      Delete
  4. kan dah kata bas ni kena tukar nama. rengit tu memang tak sesuai. hihihi.. teruk beno bas ni. action dah tak nak langgar yg kecik2. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! tukar la nama sehebat mana pun cik na,
      kalau dah loqlaq tu, memang loqlaq jugak lahhh...

      pasni tak tahu apa lagi yang dia nak langgar.
      entah2 tuutttt~ <<>>

      Delete
    2. apekah tutttt?? hantu?? kikiki..

      Delete
    3. haha cik na ni.. ukm xde hantu, jembalang byk lahh~

      Delete
  5. haish bas yg sama ka tu..blh plk brlanggar folo dkt sgt kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bas lain ayu. yang dulu tu entah mana diorang buang. haha!

      Delete
  6. apakah? elok perkhidmatan nie ditukar.. apa lagi para student adukan lah pada pihak berwajib tentang hal nie. Dah macam kelakar pulak setiap masa ada je accident gajah hijau nie. hish.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam tempoh rundingan damai dan gencatan senjata.. =P

      kalau nak boikot pun, nanti kitorang jugak yang semput nak
      berjalan pergi fac hari-hari. kalau dekat takpe, ni tak. wuhuhu.
      boleh kurus macam erra fazira la gamaknya neyh. ekekekeke~!!!

      Delete
  7. wahh...korang pon alami masalah tu jugak..budak2 uitm pon same je..sewa bus rengit..last2 excident..nsb baek student xpape..xtau la ape problem dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada baca berita tentang tu jugak sebelum ni. sadis tol.
      ni lah manusia, kot ye pun tak sayang nyawa sendiri,
      jaga2 lah sikit nyawa orang lain. ingat nyawa boleh beli ke?
      kami semua ni dah ler tak kahwin lagi (apakah?).. T___T

      Delete
  8. inilah malang tak xberbau.. takut lak ase..huhu

    ReplyDelete
  9. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih ya pak atas info nyaaa..
      wahhh speaking indon pulak.. ^^,

      Delete
  10. gajah ngn gajah berlanggar..sebaik laa takde sang kancil kat tengah2!;p

    ReplyDelete
  11. ni la mslhnya. tender rengit ni murah kot..tu yg uni amik utk sewa tu.ggrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah pun, tapi service mcm haremmm~

      Delete
  12. La tengok basnya cantik cm baru je..tk kn selalu rosak..pastu cm tk logik bas tu langgar bas rosak tu..driver tu ada masalah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu ada pepatah inggeris,
      "don't judge a book by it's cover"
      memang sesuai sgt utk Si Rengit ni.. =D

      Delete
  13. eh eh.. kt uitm pn gne rengit hijau ni. tp Alhamdulillah xpernh lg ade kes accident. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha sebab jalan kat sana tak mencabar kot.. =P

      Delete
  14. Memang cemerkap betoi drebar tu na...

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh