Layakkah Dia Untukku?


Assalamualaikum semua. hari ni aku (nak guna 'aku' kjap boleh tak?) taip entry dalam keadaan yg entah, susah nak cakap. HATI. susah nak jaga. iman mesti kuat. kadang2 niat kita lain, tapi orang tafsir lain. hmmm. kesimpulannya, diam jelah kan. huuu.. :')   

 ciss apa yang aku membebel ni? aku sendiri pun tak paham.


biasalah remaja. ada je itu ini. kadang kita suka orang, tapi orang tak suka kita. kadang sama2 suka, tapi sama2 diam last2 sama2 melepas. haha (gelak yang dipaksa). ada jugak kes bertepuk sebelah tangan atau dalam istilah lain, syok sendiri.


korang berada dalam situasi yang mana? basically, aku taip mende ni disebabkan ramai rakan sebaya (termasuk aku lah kan) yang mengalami konflik dalaman. tak tahu la sedalam mana, tapi agak dalam lah jugak. apa yang aku boleh cakap kat sini cuma... SABAR. kita semua masih muda. korang risau ea pasal jodoh? susah nak cari pasangan yang baik-baik? yang menepati citarasa korang dan mak ayah korang? bla, bla, bla banyak lagi soalan dalam paleotak ni, tapi takpe lah. malas pulak nak taip. hukk~


aku jenis yang malas nak serabut paleotak dengan benda remeh. walaupun hakikatnya aku selalu buat camtu. hmmm. tapi kan kan kan, dah la. jom kita belajar rajin-rajin. bila dah dapat kerja best-best nanti baru kita buat operasi mencari calon idaman masing2. LOL.




jap. cerita aku tak habis lagi. tapi memang malas lah nak habiskan. xde mood seyh. haha.  
(booo nadia boooo)

cuba korang baca mende kat bawah ni dan bayangkan ada someone bagi kat korang. apa yang korang rasa? jangan tanya ini ada kaitan dengan diri aku ke tak, just nak minta pandangan korang jela. terutamanya yang banyak pengalaman. maklumlah, aku ni kan muda lagi. mana lah tahu sangat pasal semua ni. hewhew.. =P



baca dan fahamkan, pastu komen lah apa yang korang nak komen :

"salam.... semoga sentiasa dikurnia kurniaan iman ... firstly, nk minta maaf sangat2 sebab sejak beberapa hari ini kita macam terlalu kerap contact di FB . Walaupun ianya hanya chatting semata-mata, tapi minta maaf sangat2 sebab sebagai manusia saya tak lepas dari semua kelemahan . saya merasakan perbualan kita beberapa hari ini seperti berlebih-lebihan (sebab kita bukan muhrim nya) . mulanya niat untuk sy contact hanya lah utk brkawan, tapi minta maaf sangat sbb rsnya sudah agak melebih2 . sy rs brsalah sbb ajak keluar , makan, teman ke klas dan lain2 . walaupun mungkin perkara ini nampak simple, tapi lama kelamaan saya terasa berdosa sbb bende ini melibat kan hati . hati perlu dipelihara . walaupun hanya berkawan, selalunya akn syaitan membisik di hati utk berlebih2an . hari ini mungkin sy sedar kita ini dh berleret2an . jd , sy rs sy perlu bendung bende ini . jadi, sy minta maaf sangat2 dengan setiap tutur kata kita sepanjang chat baru2 ini ."




cinta yang tak kesampaian ibarat buah tembikai yang dicucuk-cucuk dengan garfu. 
so, berhentilah berharap. sekian madah untuk hari ini.


semoga dengan alasan bahawasanya aku sedang mengalami konflik dalaman ini mampu membuatkan semua orang faham kenapa aku malas nak update blog. haha. ok dah, mood kembali stabil. semoga suatu hari nanti akan ada insan yang sayang kita seadanya. lalalala~



nota kaki : Cintailah insan bernama Muhammad bin Abdullah, percayalah kalian tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan dengan mencintai insan mulia ini. Bak kata Ust. Hasrizal, satu-satunya cinta yang tiada risiko syok sendiri ialah, 'menyimpan perasaan' terhadap Rasulullah SAW.. =)



18 comments:

  1. wah.. menarik. calon suami ke tu? hikhik..
    susah kot nk jumpa yg mcm ni. satu dalam seribu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh memang nak sangat yang camtu. heee~
      tapi susah betul nak cari. fedup la gini.. T_T

      Delete
  2. kena tgk nawaitu dia juga...ikhlas ke tak die berkata2 mcm tu...kan fitrah lelaki pandai berkata2 manis *ttiba mgutuk kaun sendiri* =.='

    skrg ni, si kasanova pon mampu berlagak baik dgn hanya mggunakan ayat2 berunsur islamik..manipulasi yg salah.

    apa2pun smua berbalik kpd diri kita sendiri. nak terima atau mnolak.kita yg tentukan..sbb kita ada akal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ehh knp entri ni dh bertukar??? @_@

      Delete
    2. bukan bertukar lah, cuma ada penambahan sikiiittt je.. =P

      Delete
  3. Sush nk jmpe lelaki cmtu skrg ni..mmg brtuah klu dpt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kan? tapi saya sedar kak, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. sekarang ni sedang berusaha jadi yang terbaik untuk dapat orang yang baik-baik. apapun, jodoh tu kan rahsia Allah. nak tak nak, kena terima jugak baik buruk jodoh kita nanti. nobody's perfect.. =)

      Delete
  4. betul tu..tapi yang macam ni yang susah sgt nak cari....yang makin mengajak lagi ramai la...huhu...

    ReplyDelete
  5. wahhh.. susah nak dapat lelaki yang cakap macam tu. tp susah gak nak percaya sebab ye la. lelaki kan sekrang ni pandai nk menggunakan agama untuk pancing permpuan. hukhuk.

    pengalaman haz? hmm. selama ni haz jihad cinta je. maksudnya, kalau suka, diam dan simpankn je dlm hati. ecehhh. hahahha. tapi tu la. tipu lah kalau hti ni xnk teman.

    but haz slalu ingatkn dri. kita xde skrg n jodoh lambat dtg sbb Allah dh sediakn yg terbaik untuk kita kan.. insyaAllah =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh haz komen camni? betul ke ni haz?
      kenapa ayat macam dah matang je.. =P

      btw sokong 99.8 % apa yang haz cakap ni.
      fighting!!!! huhuhuhu... =)

      Delete
    2. cisss!! hahahhahaha!

      well~ haz nmpk je mcm budak2 tp pemikiran matang beb~ xD

      they called me DR. LOVE. muahahahahahah!

      Delete
    3. Kalau kita SUKAKAN seseorang..
      Jangan beritahu SI DIA..
      Nanti ALLAH kurangkan rasa CINTA kita kepadanya..
      Jadi, luahkanlah kepada ALLAH,
      Beritahulah ALLAH..
      Kerana Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita..
      Sama-samalah kita BERCINTA kerana ALLAH.. =)

      - Regards, Dr Love II

      Delete
    4. AAMIIN! =)

      amboiii dr love II gituuu. hahahaha =P

      Delete
  6. klu llki yg ckp gtu..mmg dia lki yg baik..bla tba msa yg ssuai psti dia akan lkukan cra yg baik

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh