Yuyu Zulaikha



Assalamulaikum
Memula sekali nak mintak mahap kat semorang yang salu datang blog ni. Mesti korang givap sebab tengok2 asyik tak ber-update je kan? Yelah, mana tak nye, penat2 datang tapi last2 takde orang kat rumah. Apa kejadahnya semua ini?! Well, menyedari yang saya cuma sekadar blogger picisan, maka perasaan serba salah sebab tak meng-update tak wujud dalam diri ini.

 pehh padahal menangis sampai kesat hingus kot sebab dah lama tak update entry


Maka atas dasar rasa tanggungjawab kepada bangsa dan negara, ditambah pulak dengan semangat kesukanan yang tinggi, saya Nadia Elena selaku pemilik blog ini buat julung2 kalinya akan mempersembahkannnnn..... sebuah entry baru untuk tatapan semorang. ahahahaha~



:: Pertemuan yang tak diduga dengan Yuyu Zulaikha ::
Seperti yang semorang tahu, yuyu ni student kat KUIS. KUIS ni pulak jiran UKM. haha. maka tak hairanlah kenapa kami boleh terjumpa. Nak dijadikan cerita, petang kelmarin patutnya ada kelas, tapi terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir. Memang gembira tak terkata la masa tu. Tup2 member ajak hang out pi Mid Valley. So tak fikir panjang, kitorang terus lari laju-laju pergi sana. Marathon der, kau hader? =P


Actually takde motif sangat pun pergi sana. Biasalah student, melepak itu dianggap lebih menggembirakan berbanding buat assignment. haahahaa. Lama jugak lah duk membelek baju kat situ. Bajet konon2 macam nak teman member je, sebab dialah yang duk beria nak belikan baju sempena birthday untuk abang dia lah, ayah dia lah. Bagus, bagus. Tapi last2 dengan dia2, dengan aku2 sekali terjebak membeli baju yang ohhh rambang mata nak pilih woo. Ada sale lagi~ Awww~ Awwwww~


Sedar tak sedar hari dah malam. Tunggu KTM sambil menikmati kesedapan rasa KFC yang dibayar dengan harga diskaun, tup2 melintas seorang budak perempuan kecik. Sekali imbas je aku dah boleh cam itu Yuyu Zulaikha, blogger femes seperti yang digembar-gemburkan oleh semorang. hahaha. Aku pulak tanpa berfikir panjang (walaupun aku tahu yang aku boleh berfikir dengan panjang 2cm), terus tahan yuyu ni, pastu terus cakap nak amik gambar sesama. hahaha...



Maka inilah hasilnya... =)










LOL. gambar tak clear sebab lupa nak buka flash. tu lahh, sape suruh excited sangat.
btw yuyu memang peramah...(^^,)


p/s : stay tuned.. 

28 comments:

  1. wah..seronoknya dpt jumpa blogger femes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seronok kalau kita sendiri yang femes..
      hahahahahaha... acah jer... =P

      Delete
  2. err...hang nmpak sgt tinggi dalam gambar tu..ke mmg si yuyu tu pendek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yuyu bukan pendek,
      cuma kurang tinggi je.. ^___^

      Delete
    2. bhahahha...nak jaga hati die latu...
      =.=

      Delete
  3. wahhh dia jmpa blogger lg tecikk la..hihi..best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr kecik-kecik cili padi.. =)

      # lupa nak ukur berapa tinggi yuyu ni..

      Delete
  4. wahh...sronok dapat jumpe yuyu...blogger feymes tu...

    Potrait Manusia Menggunakan Jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau nak jumpa jugak, rajin2 la naik KTM.. (ehhh?)
      yuyu ni kuat berjalan.. nanti adela terjumpa kat mana2 tu..

      Delete
  5. ah! nak jumpa jugak.. dusyum! jeles2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaaah tengah tumbuk bantal ke aida?
      rilex keyh.. jeles2 tak baik untuk kesihatan.. ;p

      Delete
  6. wahhh... jelesnyee dpt jmpe yuyu. hihi. haz pn pernh terserempk yuyu kt surau ts b4 dis. tp segn nk mintk tgkp gmbr sme2.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan? alaaa ruginya.. nak jugak tengok antara haz dengan yuyu sape lagi tinggi.. lain kali jangan segan2 lagi taw.. huahuahua... xD

      Delete
    2. haz lg tggi la.. heee. tu la. td bru je terjumpa hanis zalikha taw! tp tu la. segn lg nk mintk bergmbr bersme.. sobs >.<'

      Delete
    3. hazzzz ! jumpa hanissss??? besttnyee ! katne???

      yuyu mmg peramah ! suka suka sukaaa ehhe

      Delete
    4. alaaa haz ni..asyik segan je...
      miuhuhuhu... >,<

      Delete
    5. @fadhila

      kt H&M Setia City Mall. dia ngn mak dia tgh shpping. heee

      @nadia

      i ni kn mmg pemalu~ kekeke XD

      Delete
  7. Replies
    1. eleh macam la dia takde masa hari kejadian tersebut~~

      # gambar anda sedang dalam proses untuk di upload.
      mohon bertenang ye..kahkahkah~! =)

      Delete
  8. laaaaaaaaaaaaaa!! Nadia elena keeee!!???? Ya ALLAH, asal tak bagitau nama awak waktu tu!! haishhh.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan kat yuyu..hukhuk! excited sangat sebab dapat jumpa!!!
      lain kali kalau jumpa lagi nak mintak otograp.. =p

      # tak sangka yuyu sekecil ini. comel jer.
      kalah budak tadika. hins hins.. (^^,)

      Delete
  9. wah!!!!!! bestnya jumpa retis..hehe

    wah! yuyu mai komen :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? awwww awwwww~~~
      mohon jangan cemburu..teehee~! ;D

      Delete
  10. Replies
    1. laaa..kan dah gtau yuyu tu student kat KUIS..
      dah terang lagi bersuluh terpampang kat atas tu kan.
      errr power rabun makin bertambah ke? muehehe~! xD

      Delete
    2. Yuyu Zalika? Ha ha ni mesti gabungan Yuyu Zulaikha ngan Hanis Zalikha ni kan..

      Delete
  11. Blogger Yuyu ni pun blogger dr Langkawi gak la.. Walaupun dok sepulau, kak M tak pernah jumpa Si Yuyu ni...

    ReplyDelete
  12. Siapa x kenal dgn Yuyu Zulaika....untunglah dapat jumpa kan..

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh