Taman Tema Legoland Malaysia




Taman tema ni berkonsepkan lego yang pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Terletak di Nusajaya, Iskandar Johor. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments dan akan dibuka secara rasmi pada 15 September 2012 di mana ia mensasarkan seramai 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.


Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping lego turut diletakkan di serata kawasan taman tema yang berkeluasan 70 ekar (280,000 meter persegi) ini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah pusat membeli-belah, pusat jagaan kanak-kanak, surau, kafetaria, tempat penginapan dan bangunan pejabat.





Replika yang dipamerkan merupakan mercu tanda yang terdapat di Malaysia dan Singapura.






 
Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Boating School, Aquazone Wave Racers, Dino Island, Lost Kingdom Adventure, The Dragon Coaster, Technic Twister dan macam-macam lagi.



  





Harga Tiket Legoland Malaysia

Pas Biasa (Harian)
Dewasa : RM 140
Kanak-kanak : RM 110
Warga Emas : RM 110
* rebat RM30 bagi pemegang MyKad

Pas Lawatan Tahunan
(Sah untuk 12 bulan)
Dewasa : RM275
Kanak-kanak : RM 210
Warga Emas : RM 210


klik gambar untuk tumbesaran

Anda bolehlah mendapatkan tiket tahunan ni dengan harga istimewa sempena promosi pembukaannya. Harga RM195 (dewasa), RM150 (kanak-kanak & warga emas). Walaupun harganya RM195, tetapi jika menggunakan kemudahan AirAsiaRedTix.com, harganya ialah RM198 dan akan dikenakan caj Booking Fee sebanyak RM5 lagi. Jumlah kos ialah RM203.00.

Haha. 'murah' kan? Ada sesiapa yang nak sponsor tiket tak? Team legoland sedang giat menjual tiket masuk dengan harga promosi sekarang ni. Walaupun tempat ni akan beroperasi tak lama lagi, tapi tempat menginap yang terdekat adalah di Hotel Traders. Hotel-hotel lain masih dalam pembinaan dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 2014. So kalau korang yang duk jauh dari tempat ni, tunggu la tahun 2014 nanti baru pegi, ok? Unless kalau korang ada sedara area situ. Hmm tapi kalau nak pergi jugak boleh je, tak paksa pun. Haha.

Kawasan ni pun baru lagi. Pokok-pokok pun tak berapa nak tumbuh. hikhok.
Okeylah, bagi penggemar benda-benda lasak camni, jom kita serangggg Legoland reramai..! Saya akan pergi suatu hari nanti. tapi bukan sekarang. Yup, suatu hari nanti yang belum pasti bila. Pergi dengan anak-anak kot. Haha. Sebab sekarang takde feel lagi nak pergi sana. Korang pergi lah dulu ye. Nanti jangan lupa story keyh. Hukhuk..




nota lego:
ada member yang dah pergi sebab dia join family day khas untuk staf legoland kat sana semalam. masuk free je. hmmm jeles lima saat. ok, sayonara~



49 comments:

  1. "murahnya" murah gila....aduhai..mmg kne tunggu ada org nak belanja baru dpt masuk ,hihi..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tunggu sampai berjanggut laa.. :p

      Delete
  2. huhu menarik2.. lom ramai org lagi ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tak ramai sebab belum open secara rasmi. hanya staf dan keluarga mereka je yang dah merasainya. kena la testing dulu kan sebelum orang ramai masuk. kot2 la ada skru yang tercabut. ngehh~

      Delete
  3. wah.. mcm best je. mmg sgt murh. ape lg nadia blnje la haz. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la, tahun 2014 nanti. hihi.. =D

      Delete
    2. kenapa perlu 2014? mse tu dh kawen eh? hahahhaha

      Delete
    3. masa tu duit dah banyak..kahkahkah..
      skrg mmg x blh laa, sbb tak kerja lagi.. =D

      Delete
    4. boleh laa. ni kira nadia dh janji nk blnje haz la ni kan. kan. ahhaha

      Delete
    5. janji ditepati. merdeka! haha..

      Delete
  4. wahhh -__- so expensive ~ kkk .. tak mampu den :D

    ReplyDelete
  5. bestnya. nadia jom belanja cik na pegi legoland.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. mampu menjana ekonomi negara katanya..
      harap2 berbaloi lah :) hehehe

      Delete
  7. Huhuhu... awat murah sangat eh... haiyaaa.... baik wa belanja korang mkn kdai mamak kan bagus... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? apa? nak belanja? wahhh..
      mamak pun layan, janji rock. haha.. :D

      Delete
    2. Hahha.. bagi tahu lokasi.. n time.. Nanti wa terjah.. Hahaha

      Delete
    3. lokasi kat depan eiffel tower tepat jam 12mlm waktu tempatan. candle light dinner. kedai mamak kat situ siyes sedap. hahaha. wink.. ^_^

      Delete
    4. Ok.. nanti wa tunggu sana... Datang jangan tak datang... Lalalala

      Delete
  8. fuuufuuu 'murah sungguh harga tiket berkenaan..hah LOL. kiranya kalau bli yg pas tahunan tu boleh masuk acap2 kali ka? ke skli masuk jer tp boleh masuk bila2 lam tempoh setahun tu? begitu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas tahunan tu, kita boleh masuk banyak kali dalam tempoh setahun. orang Johor dan Singapura disyorkan beli yang itu. beli secara online pun boleh.. =D

      Delete
    2. abes tu pas yg biasa tu, skli masuk ker?? kalu ya, mcm rugi jer..baik bli yg tahunan lps tu pakat2 kongsi

      Delete
    3. yup, betul tu. kalau nak banding harga dengan legoland negara2 lain, harga Malaysia paling rendah. tapi bab kongsi pas tu, saya tak pasti pulak. mana lah tahu kot2 dia minta IC untuk check masa nak masuk nanti.. haha! =)

      Delete
  9. Replies
    1. ngehhh. apa kata minta Datuk K sponsor? boleh pergi Legoland dengan CT Nurhaliza sekali. weehuuuu...

      Delete
  10. Replies
    1. kan? tokey balak pun boleh pokai ini macam.. :p

      Delete
  11. kalau tgk gambar agak 'tension' jugak la sebab tempat nie best kot!! wawa.. tapi bila tgk harga tiket dia dan dekat johor.. agak tawar hati tetiba. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. pergi Genting pun ok jugak kot.
      sejuk laaa sikit.. >,<

      Delete
  12. CUKUP CUKUP CUKUP CUKUP CUKUP "MURAH" .. HAHAHA .. ALAHAI .. AGAK2 BILE LA SAMPAI NI .. EKEKE

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila2 pun bolehhhh.. =D
      duit dah cukup nnt sampai la..

      Delete
  13. macam menarik. entah bila boleh pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahwin la cepat. blh paw suami. haha..

      Delete
  14. menarik tempatnya...tapi jauh ler kat johor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy duk johor..lai lai dtg umah..
      nnt kita p men lego sesama..hik~

      Delete
  15. menarik tp bg sy mahal... lagi pun sy dudok jauh... ;'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tempatnya,
      menarik juga harga tiketnya.. :D

      Delete
  16. waaa baru bercadang nak g nanti ajak memeber time naik sem nanti tp....
    tiketnya mahal lah pula.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta sponsor dari pejabat dekan fakulti.. :D

      Delete
  17. Untungla org johor.. macam2 ada kat sana.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap negeri ada keistimewaan tersendiri.. :D

      Delete
  18. tempat nie memang sangat menarik..harga pon menarik..kalau nak pergi kene kumpul duit dulu..heheee

    ReplyDelete
  19. sekaraang byk company buat promosi. kalo nak dapat tiket free bole tgk kat sini http://citerlama.blogspot.com/2012/09/promosi-tiket-murah-dan-tiket-percuma.html

    ReplyDelete
  20. hai kak, tiket legoland murah RM70 per adult/child. Ramai dah beli ngan saya, boleh tengok di facebook page
    LEGOLAND TICKETS SPECIAL PROMOTION
    http://www.facebook.com/pages/Legoland-Tickets-Special-Promotion/406125792799253

    atau di blog saya

    http://thepurpleroselover.blogspot.com/

    thanks! :)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh