Khasiat Petai


Tahukah anda? Makan petai mampu menurunkan 40% risiko kematian akibat strok hasil daripada penyelidikan yang ditulis oleh The New England Journal of Medicine. Walaupun petai sering dipandang rendah kerana baunya, petai itu sendiri memiliki kandungan gula alami iaitu sukrosa, glukosa dan fruktosa dengan kombinasi serat.

Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.





RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan:
1. Ikan bilis (rendam dahulu)
2. Petai (kalau petai tu kecik, hiris nipis dengan kulit dia sekali.
3. Cili kering yang dikisar bersama belacan bakar.
4. Bawang merah dan bawang putih.
5. Air asam jawa

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis garing2 dan keluarkan bila dah masak.
2. Tumis cili yang sudah dikisar hingga pecah minyak dan betul-betul masak.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan petai sekali. Dah pun siap.

Kalau nak jadikan sambal ni sambal kering, tukar je air asam jawa dengan asam keping.
Selamat mencuba!




nota petai:
 resepi curik dari google. saya tak minat makan petai.
kalau dah lepas makan tu, jangan sesuka hati nak kentut kat sini.
hahahahaha~! :)
 

20 comments:

  1. sedapnya sambal petai. mintak sket. petai juga utk awet muda. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha better makan coklat dari petai.. =D

      Delete
  2. Memang tau khasiat dia tapi mmg kak M tak upaya nak makan sb x tahan ngan bau dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? takpe lah kot kalau tak makan petai ni..
      as long as kita pandai jaga kesihatan dengan cara lain.. xD

      Delete
  3. ceit. curik dr google rupenye. nk kentut kt sni lah! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi sendiri complicated sangat lah..
      takut haz tak terbuat pulak nanti..
      syuh syuhhh busukkkkk.. haz tak senonoh! =p

      Delete
    2. hahahaha. proott. *sambil kibas2 angin kt blog nadia ni* xD

      Delete
    3. hahaha lihatlah duniaaaaa..
      haz yang cun ni kentut bersepah... xD

      Delete
  4. shhh.. bukannya betul2 pun.... wekkk~ =P

    ReplyDelete
  5. dipandang rendah kerana baunya??

    rasa2nya bila dh bercampur dgn sambal bau dh xdak atau kurang tp mmg 'BERBAU' selepas habis mkn :P bru minggu lepas ak makan beberapa biji jeruk petai mentah2..errk pahit @_@

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. huyooo ada jugak peminat petai rupanya.. ^_^

      Delete
    2. eh.. sambal petai lagi sedap.. aishh..

      Delete
  7. Aku cuma lalu mkan petai yg ada dalam sambal tumis udang petai je ;D
    yg lain kurang lalu sikit xD
    mungkin ni pun ok kot

    ReplyDelete
  8. cik siti tak suka makan petai...tapi suka makan sambal petai ja..petai tuu tak makan la...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. err tapi bau dia still melekat..hehehe...lalala~

      Delete

Komen Selagi Boleh