Medical Check-up yang Menggembirakan


Holla peeps~!
semalam merupakan kali ke-4 dalam sejarah hidup gua buat medical check-up.
haha yeayh tepuk tangan.


Klinik Kesihatan sebelah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.


my dad tolong hantar, tapi gua setle-up semua benda sendiri.
berdikari katanya. haha. tak kisah pun.
hospital muar ni dah macam rumah kedua gua sebab gua pernah kerja kat sini tahun 2010.
korang cakap jelah nak pergi wad mana, bilik berapa, gua dah hafal.. xD


nombor cabutan bertuah.

tapi gua taknak cter pasal wad ke apa, tak best.
hahaha you know what?
gua ade terjumpa 2 orang mamat neh.
diorang pun nak wat medical check-up jugak.
sebelum masuk pintu klinik lagi gua dah perasan diorang.
dah macam adik-abang. quite handsome jugak lah.. :p

yang sorang tu nak sambung MBA (UM), and lagi sorang nak sambung PJJ in BBA (UKM).
camne gua tahu? sebab gua sendiri intebiu dorang masa kat tempat X-ray.
memula masa kat Kaunter Pendaftaran sikit pun tak terlintas nak tegur.
tapi disebabkan tak berapa ramai pesakit (padahal ramai nak mampos),
akhirnya gua tegur jugak lahhhhh...


gambar candid. berpeluh gua nak amik pic ni. sila left click.
suspek 1 (abang) : duduk di depan Kaunter 12
suspek 2 (adik) : duduk di tengah2 kerusi menunggu.. =p

giler peramah gua semalam. agagagaga~
first tu gua usha abang dia (padahal diorang bukan adik-beradik pun).
smart LOL. orang dah bekerja lah katakan.
katanya saje register sem ni sebab dia dah dapat surat tawaran.
but then, dia nak postpone sem depan sebab dalam masa terdekat ni dia sangat busy dan takut tak ley catch up study. haha. gua dah agak. tu pasal gua malas amik PJJ ni. pening kepala nak pikir pasal 2 benda serentak.
sembang punya sembang sampai gua lupa nak tanya soalan wajib which is "siapa nama" and "dah kahwin ke belum?"
gua KIV soalan tu kot2 ada jodoh kami berjumpa di UKM nanti. ameen~! =p


sila pakai baju ni sebelum anda di x-ray.

ok setle intebiu abang. sekarang ni turn adik pulak.
dan oh ye, actually gua intebiu diorang secara berasingan sebab masa kat bilik x-ray tu cuma ada gua dengan si abang. yang si adik gua perasan ada kat luar tengah sibuk dengan henfon dia.
lalalala teruskan pembacaan.

yang si adik ni pulak gua intebiu masa second time gua datang kat bilik x-ray.
tahu kenapa sampai kena datang 2 kali?
 malas nak cter sebab panjang.. :p
masuk2 je dah nampak dia.
pastu gua terus tanya "awak nak sambung master ke?"
tak bagi salam. tetiba je gua tanya camtu sebab gua takut dia pikir yang gua nak ngurat dia even ada jugak lah terdetik nak mengurat masa tu.  wkwkwkw~!


cer kira bape ekor? rasa nak rembat bawak balik  rumah.

LOL. kitorang sama-sama terlupa nak isi borang yang sepatutnya kitorang isi.
masa tu takde sape jaga kaunter tu, then kitorang masuk jelah buat bodoh. haha.
siap staf kat situ tanya, "eh korang berdua ni datang sesama ke?"
well dah nampak kitorang macam couple di situ. agagagaga~


 sembang punya sembang, gua pun lupa nak tanya nama.
ada gua kisah? Muar ni kecik je.
yang gua tahu dia duk kat Jalan Sulaiman, abang dia pulak kat Bakri.
alahhh kacang je kot nak cari. huahuahua..

esok kitorang bertiga ada appointment lagi sekali.
semoga ada jodoh nak jumpa adik-beradik hensem ni lagi.
hakhakhak... xD


IKLAN
terjumpa pasangan pengantin baru ni. senior masa sekolah rendah.

Ok dah. gua busy. mintak izin cabut lari. see u soon~

19 comments:

  1. esok kalau jumpa kat UKM, buat2 la terlanggar bahu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pastu cakap camni,

      "upss sori tak sengaja.
      macam pernah jumpa. tapi di mana ye?"

      maka bermulalah sebuah episod cinta..kahkah! xD

      Delete
  2. nampak beno Nad nak ngorat ,, hehhehe :P
    tahniah tuk korang sambung blajar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. single lagi takpe.. hehehe.. ;P
      anyway thanks~!!!! :)

      Delete
  3. gataiiiiiiiiiiiiiiiiiiii na nadia ni. x ku sangkaa. ish3. nak gmbr yg jelass! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam dok terpikir jugak nak snap gambar diorang.
      tapi you, I ni kan perempuan. malu mak, nyahhh..

      Delete
    2. hahaha. malu malu tapi mahuuuu =P

      Delete
  4. Replies
    1. mesti la sempat...hahaha~!
      orang cakap, nak seribu daya kan..

      Delete
  5. Wah,
    Patutlah tajuk entry medical check up YANG MENGGEMBIRAKAN.
    Hehehe (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time rasa teruja masa wat medical check-up.. ^_^

      Delete
  6. ehemm..entry ni bunyi berbunga2..boleh la ajar cara nk ngorat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara nk ngorat? senang jer..
      senyum, kenyit mata, lari~!!! ;P

      Delete
  7. bukan main ramah lagi kan. pilihan mak mentua lah nanti. haha sila sambung cerita, mana tau kot2 lah kan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti mak mertua terkejut kalau tahu menantu yang sibuk2 duk tackle anak lelaki dia.. agagagaga~! :P

      # cerita akan bersambung if ada jodoh.. xD

      Delete
  8. amboi.. kemain lagi eh berdating kat hospital. suka la tu. huhu..

    pssttt.. pass la mana2 satu kat cik na. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dating la sangat.. borak2 cter pasal masa depan je..
      belum lagi cter pasal kahwin.. ekekekeke~! ;)

      Delete

Komen Selagi Boleh