Diploma Siswazah di UKM


Hello hi readers~! =)
Hari ni hari Sabtu, 15 September 2012.
Kuliah pertama saya bagi program Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam.

Ramai yang bertanya what kind of this Diploma.
Entry ni mungkin berguna buat adik-adik atau sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program ini. Tempoh pengajian adalah selama 4 semester (2 tahun), di mana kelas hanya akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (boleh jadi hari Ahad kalau lecturer suruh haha) tanpa tertakluk kepada cuti umum. No more balik kampung on weekend. Jyeayhh! =P



untuk maklumat lanjut, klik SINI
(klik link ye, bukan gambar)

Okeylah, secara dasar program diploma ini bertaraf Diploma Siswazah, which is diploma yang hanya boleh diambil setelah seseorang itu tamat pengajian ijazah pertamanya (Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Syariah/Undang-undang/Syariah dan Undang-undang) oleh mana-mana IPT yang diiktiraf.

Terdapat 4 buah universiti di Malaysia yang menawarkan program seumpama ini iaitu UKM, UIAM, USIM dan UiTM di mana UKM merupakan universiti yang paling banyak mencuri tumpuan kerana ia menawarkan yuran pengajian terendah. Di UKM, diploma ini mula beroperasi pada tahun 1996 dan mendapat pengiktirafan daripada JPA pada tahun 1998. Sehingga kini, ia telah berjaya menghasilkan kira-kira 1000 orang graduan dan kami merupakan batch yang ke-15. Insya Allah konvo tahun 2014 nanti.. =)

Bagi sesi pengambilan kali ini, kira-kira 140 orang calon telah memohon dan hanya 44 orang sahaja yang mendapat tempat. Keistimewaan diberikan kepada para pelajar dalam UKM (pelajar Tahun 2 & 3 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam serta Tahun 3 & 4 Fakulti Undang-undang) untuk mengambil program ini secara serentak dengan program Ijazah Sarjanamuda masing-masing di mana ia juga boleh dikatakan sebagai program double-degree. Kuota bagi pelajar luar pula adalah sebanyak 10% sahaja.



Keistimewaan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam?
- Hanya graduan yang memiliki diploma ini sahaja yang layak dipanggil
untuk temu duga jawatan Gred LS 48 dan ke atas.
- Peluang cerah untuk menjadi Peguam Syarie kerana di negeri-negeri tertentu
telah mewajibkan supaya ada diploma ini sebelum diberikan surat perlantikan.
- Kalau korang berkhidmat dengan kerajaan, insya Allah gaji up sikit drpd mereka2
yang takde diploma ni sebab ia turut mempengaruhi tangga gaji korang.
- Boleh pinjam sebanyak 20 buah buku di PTSL, UKM dalam jangka masa 40 hari
(sama taraf dengan budak2 master & PHD -kalau student degree biasa boleh pinjam maksima
7 buah je dalam masa 2 minggu). Err baca tak baca tu belakang cter, yang penting boleh pinjam bebanyak. Pastu jangan lupa pulang kay sebelum due date, kalau tak kena denda RM 70 mcm saya kena hari tu. HAHA~


Tempat Praktikal / Chambering / Latihan Dalam Kamar
Sebelum ni saya difahamkan kitorang tak perlu buat chambering 9 bulan macam budak-budak dari lepasan pure Undang-undang Sivil, tapi tadi lecturer bagitahu, peraturan baru telah dibuat bagi mendedahkan bakal peguam syarie seperti kami ni, biar nampak jelas tentang prosiding dalam mahkamah bagai. So takde lah kalut bila dah kerja nanti. Sebelum chambering, kitorang kena praktikal dulu, then praktikal ni pulak boleh dibuat secara serentak dengan praktikal bagi program Sarjanamuda, tapi yang best bila ambil diploma ni, tempoh chambering dari 9 bulan boleh disingkatkan menjadi kurang dari 7 bulan atas recommendation dari penyelia. Jimat masa kat situ okey. Makanya, Mahkamah Syariah Muar semestinya menjadi pilihan saya untuk praktikal kat situ sebab tak sampai 10 minit pun kalau dari rumah... =p

Hanya 4 tempat sahaja yang dibenarkan untuk menjalani chambering/latihan amali iaitu:
* Mahkamah Syariah
* Biro Bantuan Guaman
* Firma Guaman Syarie
* Bahagian Pendakwaan di Jabatan Agama Islam Negeri

OK, dah.
Ni semua nota yang saya salin masa taklimat tadi. HAHA.
Penyelaras asal bagi program ini adalah Prof. Madya Dr. Zaini bin Nasohah,
tapi sekarang dah digantikan oleh Ustaz Zamro bin Muda.
Pagi2 lagi dah dengar heart-to-heart speech.
Lagi bersemangat nak jadi lawyer.. jyeayh!! 


Simbolik di Sebalik Jubah Peguam Sivil dan Peguam Syarie
Well kalau korang perasan dekat belakang jubah peguam sivil biasanya ada kantung (ala yang macam sweater or baju hujan uhhh) memandangkan sejarah dulu-dulu, bila client nak bagi payment or upah untuk lawyer, diorang just letak dalam kantung tu je. Dibuatnya kalau diorang bagi pisang tanduk, bayangkan jelah camne lawyer tu berjalan. Ngehhh siyes tak kelakar.. =p

Bagi jubah peguam syarie pulak, ada lining emas kat tengah. Itu dipanggil sebagai gambaran 'percikan api neraka'. Yelah kan, ingat senang ke nak jadi peguam neh. Bila adanya lining tu, sedikit sebanyak menginsafkan peguam syarie supaya amanah dalam kerja. Jaga aib client, nak2 kalau dapat client tu artis. Kalau wartawan Melodi tanya, jawab je "no comment", and satu lagi lecturer pesan, dalam kes syarie takde istilah menang-kalah, tapi yang ada hanyalah untuk mengembalikan hak kepada mereka yang berhak.. =)


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Update Terbaru
Entry di atas telah ditulis pada tahun 2012.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi view blog ini.
Namun, menjadi tanggungjawab saya untuk menambah sedikit lagi info berkaitan.
Terdapat pembaharuan pada tahun 2014 berhubung dengan sistem kemasukan para pelajar bagi program Diploma ini, di mana ia TIDAK LAGI boleh diambil secara serentak dengan program Ijazah Sarjanamuda. Maksudnya kat sini, student degree UKM dah xde advantage untuk buat benda ni selagi tak habis degree. So layanan sama rata je dgn student lepasan degree daripada IPT lain, means uoll kena ada degree dulu baru boleh sambung Diploma ni, faham tak?

Kalau tak faham boleh call penyelaras ok?
Nombor telefon: 013-3410339 (Ustaz Zamro).
Taapiiii make sure benda yang uoll nak tanya tu betul2 relevan,
jangan main call je sebab Ustaz Zamro always busy.
So, good luck lah ye kepada semua bakal junior yang akan mengambil Diploma ni..!!!
*high five*



nota kaki :
Batch saya merupakan batch kedua terakhir yang boleh ambil diploma ni
secara serentak dengan degree and now kitorang dah pun grad weeee..~


39 comments:

  1. wahhh.. hebatnye diaa.. nk jd peguam syarie eh? seyes bgs gila nadia.. sanggup mengorbankan masa weekend.. kalau haz x mampu~ waaa.. goodluck yee! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. peguam syarie yang otai..tak tahu layak ke tak.. =P

      weekend biasa memang tak balik kampung sangat. salu duk buang masa pergi berfoya-foya je. sebab tu amik dip ni, at least boleh isi masa lapang dgn benda berfaedah..ekekeke~! ^^



      Delete
    2. otai jalanan ni. hahaha. oohh.. kalau haz time weekend ni la nk reht sepuasnye.. salute gila kt nadia.. hihi

      Delete
  2. hee...menarik la pasal perbezaan jubah peguam civil n syarie tuh...
    btw, gud luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe actually saya pun baru tahu tadi..
      btw terima kasih.. mohon doanya.. =)

      Delete
  3. cik na tak leh jd peguam, loyar buruk boleh la. huhu..

    citer jubah tu menarik la. tak pernah tau pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di antara lecturer saya memang merupakan hakim & peguam.
      so macam2 cerita yang mereka sampaikan. menarik jugak lah.
      nanti kalau ada yang best2 lagi, saya kongsi okeyh.. ^_^

      Delete
  4. tahniah !! hehee~ busy la mek kite sekarang ni kan.. kekekee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy2 pun ada gak masa nak main gamelan..
      jom ketuk-ketuk ramadhan... =D

      Delete
  5. Akak doakan cita2 Nadia Akan dimakbulkan Allah swt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..mudah-mudahan Kak M..
      saya akan buat yang terbaik.. =)

      Delete
  6. rsnya macam dah komen kat sni.. mn pg ek...

    heee...

    btw... cpt update pls..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu komen tahun bila entah, memang le takde.. T_T

      amboi lawan tokey nampak, baru sehari kot tak update,
      blog dia dah lama bersawang boleh pulak kan.. =p

      Delete
  7. Kerja2 sgt menarik owh..
    semuanya memerlukan org yg bercharismatic ^^
    aku ni kurang skit haha..

    Good luck utk kau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih owh..
      xdela berkarisma mana, tp ada jgk la sikit..
      hahahahaha... =P

      Delete
  8. peguam 1 bidang keje yg mencabar kan? btw gud luck dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar tapi berbaloi..
      hehehe..thank you sis! =)

      Delete
  9. wah..gud luck ye Nadia :)
    bkn sng nk jd peguam syarie kan,sy ada cousin yg amik course yg sama mcm ni tp kat USIM,asal blk kg je org lain suma sembang2 dia tetap dgn buku2 di tgn,pelukan pengorbanan yg tggi :)

    buat yg terbaik ye dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiyooo dah terlebih rajin cousin awak tu..
      btw saya rajin jugak bawak buku time balik kampung,
      tapi harammmmm tak baca pun.. =P

      Delete
  10. bakal peguam ni..oo kt ukm..dkt ja kita..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah..singgah ler melawat sini.. =)

      Delete
  11. waa.. terer2..
    good luck sis (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang terer? baru nak mula belajar ni..
      so tak tahu lagi terer ke tak..ngehhh.. (^___~)

      Delete
  12. Info yang baik :) tahniah and good luck sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mekacehhhhh... =)
      btw ajak la sedara-mara amik course ni.. ^^

      Delete
  13. aida sendiri pun lost pasal hal nie.. huhu. nice sharing nadia. Moga membantu org lain dalam hal yg sama kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida.. =)
      tak ramai yg tahu kt ukm ada islamic law..
      sebab yg femes biasa civil law je..ngeh~

      Delete
  14. salam
    Singgah di pagi rabu bertanyakn khabarNADIA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. singgah jgn tak singgah.. =)
      khabar baik je, cuma bila assignment beratur tiba2 rasa mcm nak demam pulak..hahahaha~

      Delete
  15. tumpang lalu.....

    http://shafw4n.blogspot.com/p/bloggers.html

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. kalau lepasan diploma syariah dan undang-undang dari ipts nak mohon sambung belajar di ukm dalam bidang yang sama berpeluang ke? ataupun ukm dahulukan pelajar ukm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. peluang itu ada, insya Allah..
      yang penting result kena mantap lah. good luck !!! =D

      Delete
  17. susah x nk jd pguam syariah? ?

    -spm 14-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan,
      pada akak senang jee kalau dah minat.. huhuhu.. =)

      Delete
  18. salam sis. saya baru nak masuk kuim untuk diploma kaunseling. kalau kita masuk kuim ni degree boleh buat dekat mana2 ipta eh?

    ReplyDelete
  19. Nak Minta Nasihat Guaman Bole x? :)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh