Ustaz Don dah kahwin, anda pula?



:: Assalamualaikum ::

Rasa serba salah pulak tak update pape kat blog ni. kuang kuang. perlu ke? hmm gimik je. huwaaarghh. Tak terlambat lagi rasanya (rasa laa) nak ucapkan selamat pengantin baru kat ustaz hensem kita ni, Ustaz Don Daniyal & isteri beliau, Husna Zahry Rafie. Okeylah, layan jap gambar perkahwinan mereka baru-baru ni. Senyum tak perlu kata apa-apa... =)






















 Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. 

Sabda Rasulullah S.A.W.: 
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). 

Klik SINI untuk mengetahui rahsia di sebalik majlis perkahwinan mereka.
~Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair~ 


Okey, berbalik pada tajuk; Ustaz Don dah kahwin, anda pula?
Bagi yang dah kahwin, tak perlu jawab kot.
Lain lah kalau ada hati nak kahwin lain. Hehehe...


~> Wanita Malaysia Paling Ramai Curang <~


Menurut akhbar yang dikeluarkan kelmarin, wanita Malaysia berada di tangga ke-3 paling curang di dunia! 39% mengaku mencurangi pasangan masing-masing. Betul ker? Apa pendapat dan reaksi anda bila dengar? Bagi kaum lelaki pula, pernah ke korang dicurangi oleh wanita? 

Biar susah asal bahagia, jangan senang tapi sengsara.
Biar merindu asal tak jemu, jangan cinta tapi terseksa.
Biar berjauhan tiada perbalahan, jangan di sisi tapi tak serasi.

Selamat pengantin baru kepada semua pengantin baru.
Take care..bye~


46 comments:

  1. Simple but nice. Ustaz don pkai baju melayu dgn sampin ja. Style lah.. Tahniah2.. Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz memang humble, bukan macam orang tu, bajet artis je lebih. sombong. wekkkk! arghh stressssss... :D

      Delete
  2. insyaallah.. lau ade rezeki kawenlah saya..
    hehehee..

    ReplyDelete
  3. melepas lah jawapnya.. hahhahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. rela undur diri asalkan ustaz bahagia.. xD

      Delete
  4. congratz ustaz & pasangannya ^^

    *ehh, janggut kita sama laa ustaz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..err ada la iras sikit2 ^^

      *layankan je..lalalala..

      Delete
  5. jeles i.... dah la hensem.. bini cun.. perghhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..bersyukur dan terimalah seadanya.. =)

      Delete
  6. tahniah ustaz don n bini nye yg comel .
    eh pic no 2 tu nmpk mcm nak cari gadoh je.hahaha
    what the fishhh cake?oh!wanita malaysia plg ramai curang eh?em ntah
    masing2 punye otak la pikir halal haram nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa fishhhh cake jugak lah bila baca.
      memandai je diorang wat label.

      # setialah pada yang satu..ngeee~

      Delete
  7. Alhmdlh...sweet je tgk couple nie, :-)

    ReplyDelete
  8. sweetnya ustaz don dengan husna!! jeless -,-

    p/s : yang pasal wanita curang tuu, bagi pendapat anis, semua tempat sama laa, tak kira malaysia or mane2 :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?!!! jeles jugak -,-

      # a'ah la. sama je kot semua. tak semua baik. itulah namanya manusia. macam2 perangai ada..:D

      Delete
    2. tu laa, so pasal ramai wanita malaysia curang tuu tak relevan langsung :DD

      Delete
  9. owner blog mcm isteri ust don . heh
    btw entri ni best. maka saya pn memfollow... =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. err yeke? actually sy dah lama perasan.
      ingatkan perasaan sendiri je. hahaha..
      rupanya awak pun perasan jugak.. :P

      # sambil terkebil2 depan cermin.

      Delete
  10. suka tengok..tetiba rasa nak kahwin jugak..hehe..salam syawal dear ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kahwin jela. duit dah berkepuk2 tu.
      salam syawal juga untuk ayu.. :-)

      Delete
  11. Huihuihui.... Comei la ustaz kita nieh... Memang beruntung sapa yg dapat.. Hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. huihuihui memang untung sangat..
      dah la hensem, baik pulak tu.. :)

      Delete
  12. tahniah to ustaz..mama dah kahwen tapi cam rasa baru kawen..hihhii..

    ReplyDelete
  13. nak komen lagi...comel lor header..sembunyi balik sofa tuuu..kiut sungguh...

    ReplyDelete
  14. saya? errr errr.. someday, Insha Allah. :)

    rasa nak kawen je tengok diorang ni kawen. hekhek..

    ReplyDelete
  15. ustaz don dh kawen?sobsss :(
    apa2 pon...semoga hbgn dorg b'kekalan selama2 nya :)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah tahniah buat ustaz..

    Psal curang wanita tu pelik jgak hak2 entah mcm mana boleh dpt tmpat ke-3 o.O

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... :)

      err pelik jugak ni..haha.. o.O

      Delete
  17. boleh la hang nk tiru gaya perkahwinan ust. don nnt bila nk membina masjid..:) ehh hang dh kawen ker blom?? huhu

    haha tangga 3..betul2...llaki juga yg setia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. single lagi la. cpt isi borang.. :p

      # akhbar tu salah maklumat, x blh pakai :)

      Delete

Komen Selagi Boleh