Serius Tersentuh


Keputusan Akhir Piala Olimpik 2012
Badminton Lelaki Perseorangan
Lee Chong Wei (Malaysia) vs Lin Dan (China)
Set 1 : 21-15, Set 2: 10-21, Set 3: 19-21



LCW : Wuwuw, kecewanya tak dapat emas.. :(
LD : Yes! akulah pemain terhebat abad ini.. hins hins..



Cameraman: Datuk, lambai sikit. peminat2 nak tengok ni..
LCW : Ciss, aku tengah sedih kot. banyak songeh lak cameraman ni.
LD : *pok ama-amai*


OK fine, dialog kat atas tu serius tak lawak..
memang LD hensem, tapi ehh..??
takde kaitan kot.. T_T
sebenarnya sedih jugak la tengok LCW kalah..
nak2 masa dia terduduk lepas LD dapat mata akhir tu..
perhh serius touching yang amat..
tak sanggup tengok LCW bersedih..
nak nangis jugak la camni....
wuwuwuw... :(


LCW dah berusaha,
dah cuba untuk realisasikan harapan berjuta rakyat Malaysia..
kita tak dapat rasa beban yang ada pada dia,
walaupun sekali lagi rezeki bukan milik Malaysia..


Tahniah buat DATUK LEE CHONG WEI
walaupun kalah tapi anda telah memberikan tentangan sengit dan sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengharumkan nama sendiri dan negara..




Masih mampu memberikan lambaian, tapi dalam hati siapa yang tahu.
saya yakin, kita semua pasti bangga dengan corak permainan LCW.


Apapun anda tetap kebanggaan kami semua dalam arena badminton.
Majulah Sukan Untuk Negara..

♥ we love you 
^__^


.......................updated.......................

Beza Panggilan DATUK dengan DATO'

Gelaran DATUK hanya diberikan kepada penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, & Sabah)
Contoh : Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan Datuk Shah Rukh Khan.

Manakala gelaran DATO’ pula diberikan kepada penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan/Raja (Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Selangor, & N9)
Contoh : Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid dan Dato' Nadia Elena.


~Salam Nuzul al-Quran~


26 comments:

  1. perak pun jadi la...asalkan pingat jugak...apa2 pun LCW da buat yang terbaik kot...tahniah kepada beliau...=)

    ReplyDelete
  2. tahniah jugak utk LCW. dia dah usaha tu tp nak wat cemana. apepun LCW tetap terbaek. ;)

    ReplyDelete
  3. Syabas LCW.. Kalah bermaruah orang kata. Lin Dan semakin ego la pasni. Haha.



    p/s: Ha, xg terawikh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki baru lepas kahwin kot..
      untunglah wife dia.. :P

      p/s: dia pun sama xg jgk. :D

      Delete
  4. Syabas DLCW.. Dia dah wat yg terbaik untuk negara... Berat tanggungjawab dia kat sana... Jgn la kita tambahkan lagi kekecewaan dia dengan salahkan dia sb tak dapat bawak balik gold medal utk Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..hehehe..
      sentiasa sokong dia dari belakang.. :)

      Delete
  5. serius tadi tengok dia terduduk dan menyapu air matanya.. rasa mcm nak nangis sama je.. huwaaa!!! mcm mana pun Dato LCW dah buat yang terbaik.. :) jangan sedih2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuwuw..serius dah ternangis jugak tadi..
      sebak je tengok dia kesat air mata.. :'(

      Delete
  6. sian DLCW...dia dh buat terbaik dh tu..huhu

    ReplyDelete
  7. Proud of him.
    Alhamdulillah jalur gemilang naik jgk kat London :)

    p/s : tak dinafikan LD mmg hensem. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..syukur jugak la..

      p/s: dlu ms zmn muda LD, lg cair ble tgk dia.. :P

      Delete
  8. Love Chong Wei. Mmg sedih tengok dia, rasa nak nangis sama. Hmm T__T

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/proud-of-you-hero-of-malaysia-dlcw.html

    ReplyDelete
  9. tetap berbangga dgn dia... hee xD

    ReplyDelete
  10. serious terbaik..

    ehehe..baru perasan. nama last tu macam tak pernah dengar je ada gelaran dato..hehe.^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe.. special case..
      Dato' wanna be.. ^_^

      Delete

Komen Selagi Boleh