Teknik Terbaru Curi Kereta


Cerita Jumaat yg lalu.. info dari Muhammad Hanifa Hamdzah

Jumaat, Julai 06, 2012
AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA


Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.


Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.


Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.


Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.




Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.


Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.


p/s: sharing is caring ! :)

17 comments:

  1. Macam-macam teknik sekarang. Smpai dah tak tau macam mane lagi nak bendung menda ni. Kalo insurans bole cover 100% xpe la jugak. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! always be careful..manusia ni ibarat karipap.
      luar nampak sama, tapi inti lain-lain.. :)

      Delete
  2. mcam2la jenayah zaman skarang ni..takut plak nk pakai kreta..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai kreta sorong jela kalau gitu.. :)

      Delete
  3. wah.. kreatif btol diorg ni bila bab2 nk buat jahatkan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kreatif tak bertempat..apa nak jadi pun tak tahu la..wuwuwu.. =(

      Delete
  4. ish..macam-macam la diorang ni buat.
    dunia semakin moden, cara lakukan jenayah pon semakin moden la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemodenan yg membawa kpd kebinasaan.. :)

      Delete
  5. Huyoo.. very engineered. Dasat la. Cena nk dptkn car remote's frequency clipping tu? nk try gk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..kata engineer kan..kena la amik tahu.. :P

      Delete
  6. dengan teknologi , semua boleh jadi . alahaii .. kita hanya mapu berdoa :)

    ReplyDelete
  7. dah bijak sangat diorang ni. kena lebih berhati2. TQ info dear. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat mcm Mr Bean, tambah kunci selak kat pintu kreta dan guna solex mangga..stereng cabut dan simpan dlm beg..sure pening pencuri tu..wakaka..kalau lah boleh kan.. =)

      Delete
  8. Replies
    1. Lg moden lg senang nk curi kreta..pkai scanner la clipping la pastu disable alarm. siap boleh reprogram alarm and computer system lg. the best is old school style: lock steering, lock brake, lock gear & semua pakai different key. at least it's a good deterrent and discourage the thief.. :)

      Delete
  9. owh, nice sharing info ^^

    ni yg dipanggil bijak tapi menyusahkan hidup org lain, erkk...

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh