Wedding Of The Year


Amboi mak jemah, tajuk nak gempak je. Hehehe! Mesti la uolss. Nak tahu tak apa yang sweetnya tentang Kak Irma dan suaminya? Haaa...meh sini ceq nak habaq mai. Kalau uolss nak tahu, ekceli mereka ni sama-sama bertemu di Tanah Suci Mekah. Suami Kak Irma, Redza Shah Azmeer Radzuan berasal dari KL, seorang bisnesman, bekerja dalam bidang pengurusan acara, pengiklanan, percetakan dan reka cipta. Ayah dia pulak seorang lawyer yang berpangkat Dato'. Hahai bolehlah aku try buat praktikal kat firm beliau nanti. Agak-agak abang Redza ni ada adik laki tak ek? Kalau ada nak berkenalan. Untung-untung boleh jadi adik ipar dia nanti..



Nampak manja kan? ^_^


Luar nampak tenang, tapi dalam hati Allah saja yang tahu.


Untung laa diorang dapat jadi pengapit Kak Irma. T_T


Sila klik sini untuk tengok cincin kahwin mereka.


Background lawa gler. Sila tenung lama-lama.. =D


Sweet couple ever.


As sweet as cake. Hehehehe~


Boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang.. Hahaha~


Semoga bahagia hingga ke akhir hayat... Aameeennn...



Update:
“Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Mekah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim.

Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Redza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

“Ibunya memperkenalkan saya kepada Redza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan."


Wartawan : ''Kenapa Irma memilih dia jadi bakal suami?''
Kak Irma : ''Mana ada saya pilih..ni Allah bagi...''

..........................................



Simple je kan cara diorang berkenalan? Ni lah yang dikatakan jodoh. Tak payah nak bercinta sangat lah, last-last habuk pun tak de. Cer contohi pasangan ni. Jom cari jodoh kat Mekah! Haha..tiba-tiba je..


Silalah usha2 tengok kat FB Official Photographer mereka, The Kliker.
Semua snap nampak sweet jer. Kedua-dua mempelai memang sporting habis !
Jom ramai-ramai pakat tempah The Kliker untuk majlis masing-masing nanti. Hewhewhew~
Boleh jugak tengok album dan video kat fanpage Heliza Helmi... ;)


Masa tengok video ni, kompem korang akan senyum sorang-sorang ! =D




Part paling tacink area minit ke 3:00 sesudah lafaz ijab qabul.. :')





Dah tu je nak share..sweet kan ???
Selamat Pengantin Baru Kak Irma dan Abang Redza.
~xoxo~



10 comments:

  1. yup..kasi 5 bintang kat diorang.. ^__^

    ReplyDelete
  2. most welcome The Kliker..all the best... =)

    ReplyDelete
  3. nsem dan cantik..sama padan..
    hehehe..so sweet.haha

    http://bahrain-info.blogspot.com/2012/07/nyah-toksin.html

    ReplyDelete
  4. keyboardkecik:

    lompat tinggi-tinggi.. ^_^

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh