Segmen: Kenangan Ramadhanku





Assalamualaikum.. :)

Kisah ni berlaku dua tahun lepas. masa tu aku kerja kat Shah Alam. berbekalkan perasaan yang berkobar-kobar seperti kebanyakan hari lain, aku dengan gagahya berlari laju-laju pergi ke tempat kerja. buehehehe! macam gampang. celah mana kau nak berlari? OK tak. tak. aku naik kereta dengan kawan macam biasa. sampai je kat office, terus mulakan kerja tanpa berlengah.


well, wellwell.. aku kan pekerja cemerlang.
haruslah rajin. sebab tu bos sayang.. :P

Tapi serajin-rajin aku, ada jugak malasnya. bukan malas apa. cuma cari ruang untuk have fun sekejap sebelum bos masuk office. tengah duk khusyuk buat graf guna microsoft excel (ceh perlu ke nak mention?), tetiba telinga ni mengidam pulak nak dengar lagu raya. kau ingat perut je ke boleh mengidam? telinga pun boleh maa.. so apa lagi, terus bukak lagu raya kat PC kuat2. bajet office tu macam gua yang punya. haha ada haku kesah? wkwkwkw..



Ehhh ehhhh.  habis satu office berkumandang lagu siti.

Kenapa bukak lagu siti? sebab aku minat lagu dia lah, sebab apa lagi. haha! alaaa yang tajuknya Air Mata Syawal tuuu. entah la. dalam bebanyak artis kat Malaysia ni, aku minat lagu raya siti je. plus, lagu raya yang lama2 tu memang minat lahh. setiap kali Syawal menjelma, memang duk nyanyi lagu raya kerja aku siang malam walaupun cuma serangkap dua. bukan taknak nyanyi sampai habis, cuma takut mendung je. nanti tak dapat lah angpa suma nak beraya sakan kan kan kannnn..



♬♪ Sayu… 
hati ini makin sayu

Rindu… 
terkenangkan desa permai

Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya... ♬♪




Sambil mulut terkumat-kamit ikut lirik lagu yang diputarkan tu, ditambah pulak dengan gaya yang entah hape hape, tetiba kawan aku buat isyarat kenyit2 mata. aku yang tengah kebengongan masa tu takde la syak bebukan. teruskan je sesi menyanyi lagu raya tanpa henti. ala-ala Siti Nurhaliza gitew walaupun aku admit yang suara aku takde lah sesedap cik siti, tapi dengan berkat karisma yang menebal dalam diri ni, bolehlah kot kalau setakat nak jadi err err err. abaikan. haha!



Tiba-tiba...


"Nadia, dah tak sabar nak raya ke? puasa pun baru berapa hari je ni." 

Dangggg! aku cukup kenal dengan suara tu. itu tak lain tak bukan adalah suara bos aku yang macho lagi bergaya. bhahaha. alamakkkkkkkk bos dah sampai office keee?! demm. kenapa aku tak dengar pun bunyi pintu. haha! terkekek-kekek staf yang lain ketawakan aku. cisss malu betol masa tuhhh. mana gua nak letak muka time time pose ni. adeh! gelak korang ye. tak supportive langsung! gggrr~


5 minit kemudian...

Tetiba pulak bos panggil masuk bilik dia sebab nak suruh hantar dokumen. perghh saje je kan. time time ni laa nak mintak dokumen bagai. berbekalkan perasaan tak berapa nak malu yang masih berbaki, aku dengan pasrah pergi jela duk mengadap bos tuh. menggigil kau nak bagi dokumen yang dia mintak tu. sebelum keluar, aku masih sempat tengok reaksi muka dia. amboi, kemain lagi nak ketawakan orang kan. fine. takpe. takpe. =,=


Percaya atau tak, setiap kali dengar lagu siti tu, aku dah tak boleh nak menyanyi dengan sepenuh perasaan macam yang biasa aku buat sebelum ni. trauma punya pasal. lain kali nak menyanyi tu, tengok2 la sikit keadaan kann. jangan jadi macam aku. nyanyi ikut suka, last last.. amekkau!!!

-TAMAT-







nota kaki:
penggunaan 'aku' 'kau' hanya untuk penceritaan saja.
saya mengamalkan prinsip Hormati Yang Tua & Sayangi Yang Muda.
hehehe... peace!



Thanks for reading. 
Salam Ramadhan.. =D



26 comments:

  1. Kesian.. Hahaha! Padan muka. :P

    ReplyDelete
  2. xdpt sore ct,sore ning pun ok la kan..hakhak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah! tak mampu aihh nak buat sore soprano macam ning..silap2 boleh kering tekak nyanyi lagu dia time pose ni..ekekekeke! =D

      Delete
  3. hahahaha..mesti time tu malu gila kan..sekarang buat lagi ke?

    ReplyDelete
  4. haha.. itula, pasang lagu tak ingat. semangat nak raya. kan dah kantoi.

    btw, chic na pun suka lagu tu. kalau dengar rasa nak nangis jek. :)

    ReplyDelete
  5. Datang baca entri ni.. hehe kantoi... malu tu..

    ReplyDelete
  6. dtg segmen sama.. nice akak :)
    http://akulovehunter.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html#

    ReplyDelete
  7. haha adoii kesian dia.terkantooiii plak.ha tu laa..nak buat lagi??hihi
    tenkiu taw singgah belog cendol n follow. cendol follow sini juge.slmt berbuke :)

    ReplyDelete
  8. hahaha, lepas ni kne lepas gian nyanyi dlm toilet je la. hihi. kantoi sudaa ^^

    salam kenal dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah fedup nak nyanyi lagi..
      kihkihkih.. :)

      Delete
  9. yeah...x sbr nk raya...balik kg...salam ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayhhh!!! huhuhu..
      salam ramadhan juga.. =D

      Delete
  10. hihihih..la hai dik..yang penting itu satu kenangan yang sangat mengiurkan..haha.

    ReplyDelete
  11. mmg sedih mendayu kan lagu tu..kalo dgr time nk blk kg bleh leleh tau.hehehe

    btw sy dtg lawat cni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sedih la jugak bagi mereka yg tak dapat nak beraya dengan family.. =D

      Delete
  12. nurulpun suka lah ngan lagu2 siti..eh siti naik moto ngan dato k ker2??hihi

    http://hezrina83.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak tahu la dia naik dengan sape sebab tak nampak muka..err memang Dato' K la kot..hihihi.. =D

      Delete
  13. hahaha...confirm muka merah gila...tak perlu pakai blusher dah...hehe...

    salam kenal ye...

    http://nbarakah.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html

    ReplyDelete
  14. datang semula nak mengira komen ni.... :)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh