Puasa Tapi Gemuk?


Selamat menunaikan ibadah puasa, sahur, berbuka, qiamullail, baca quran, zakat dan lain-lain. Ohh ye, ada lagi satu ibadah yang tak kurang pentingnya iaitu; menderma / sedekah. maka dengan ini, silalah klik nuffnang saya beramai-ramai untuk tambah pahala sedekah korang ye. mueheheheh.. :D


yang sebenarnya, dragon ball ada 7 bijik kesemuanya. 
bulan Islam pulak ada berapa ye? 

bulan Islam ada 12 kesemuanya. Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan Islam. tapi tahu tak apa maksud Ramadhan dan kelebihan Ramadhan itu sendiri? jom baca.



Erti Ramadhan
Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. 

Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran, kewajiban melakukan ibadah puasa, ibadah solat sunat tarawikh dan juga ibadah sahur.



Kenapa Gemuk?
Ek ehemm. korang sahur selalu makan apa? time buka pulak makan apa? well, itu tak jadi masalah. makanlah apa yang korang nak makan pun. tapi berpada-pada ye. ramai di antara kita yang 'takut lapar' bila berpuasa. waktu sahur makan punya lah banyak giless tapi akhirnya, siang hari anda dibazirkan dengan aktiviti tidur, tidur dan tidur. time berbuka pun makan banyak giless jugak konon nak balas dendam sebab dah seharian menahan lapar dan dahaga. last2 tarawih ke mana, qiamullail ke mana, terus tidur tak ingat dunia. 

wahhh. heaven kot makan tidur je kerja. haaa rotate jela rutin tu selama 30 hari. camne tak gemuk. ye idok?






Tips Pemakanan
Lebihkan pengambilan serat dan satu jenis protein saja waktu berbuka. banyakkan minum air kosong. kalau teringin sangat nak merasa manis makanan atau minuman, banyakkan pengambilan buah-buahan atau madu.

Jangan ambil makanan berat selepas solat Tarawih terutama karbohidrat. pengambilan karbohidrat sebelum tidur tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan serotonin yang menyekat rembesan hormon pertumbuhan manusia.





Bersenam di Bulan Puasa
Pada bulan puasa, lazimnya tahap gula dalam darah adalah rendah manakala pergerakan tubuh berterusan menyebabkan kita menggunakan glikogen dalam otot. mahu tidak mahu, ini membuatkan badan bergantung kepada lemak sebagai sumber tenaga. ini doktor yang cakap, bukan saya. sila percaya. T_T


Elakkan senaman pagi yang boleh membuatkan tubuh letih seharian. tumpukan pada senaman mudah seperti chi qong, regangan atau sedikit latihan kekuatan. lepas jam 6 petang, baru la boleh lakukan senaman yang memenatkan seperti  aerobik, berjoging dan berbasikal (lebih kurang 20 minit). senaman yang keras lebih bertujuan untuk membakar lemak. ulang ye, senaman keras. kalau setakat buat regangan otot je, memang lemak tak hilang. senaman dilakukan pada waktu petang perlu ditamatkan kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum azan Maghrib supaya tubuh dapat merehatkan diri untuk menikmati hidangan berbuka puasa.




Tidak dinafikan, ada yang mengalami penurunan berat badan ketika berpuasa bukan disebabkan pengurangan lemak, tetapi lebih cenderung kepada pengurangan air dalam badan. so, make sure lemak korang terhapus, bukan air je. kihkih..


Selepas jam 10 malam, ada yang menganggap ia sebagai alternatif terbaik apatah lagi tubuh sudah lebih bertenaga terutama untuk mereka yang sudah biasa bersukan seperti bermain futsal, skuasy, badminton, tenis malah berjoging. namun, amalan bersukan pada waktu malam bukanlah sesuatu yang harus dijadikan tabiat kerana ia boleh memudaratkan tubuh.


kalau malas bersenam, jangan pulak malas bertarawih. jom tarawih!





Salam Ramadhan al-Mubarak..




19 comments:

  1. jom terawih jom :D tp pet xg lg pn.. hehe

    ReplyDelete
  2. HAHA!
    time puasa camni la selalu terlebih makan sebenarnya..
    terutamanya time berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk rumah boleh la lagi, tapi bila dah duk hostel nanti tahu la camne.. hahahaha...

      Delete
    2. HAHA!
      cmne cmne?
      xkan berbuka makan maggie?

      Delete
    3. tak lalu nak makan sebab berjauhan dgn family la. ceh! nak2 kalau dapat sabah tu. confirm kurus la dia pasni.. =D

      Delete
    4. HAHA!
      oh gitu ye kak?
      jangan jadi macam gambar di atas usdalah..
      makan x reti kenyang..
      kena carik mak angkat la kat sana cmni..
      hehe.. :D

      Delete
  3. haha...mmg ade niat nak buat snaman..tp tak wat2 jugakk adeshhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemas2 rumah pun senaman jugak.
      pastikan xde satu pun habuk.
      hahahahaha... =D

      Delete
  4. kena control makan tu .. hihi.
    btw sy follow nadia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..control sblm gemuk..
      hehehe.. ;)

      Delete
  5. owwhh cam tu rupanya .. kena pandai kontrol la kan :)

    salam ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. absolutely dear..
      salam ramadhan juga.. ;)

      Delete
  6. nice dear..baru 3 hari ayu rasa macam makan banyak..hehe,.tak nak gemuk..huhu

    ReplyDelete
  7. hahhaa.. terasa pulak.. selalu makan tak ingat dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahaha..actually kadang2 saya pun main belasah aje.. =D

      Delete

Komen Selagi Boleh