Percubaan Memanjat



Pada suatu hari yang panas terik, si adik teringin sangat nak makan aiskrim. Tiba-tiba dia teringat yang kakak dia ni ada simpan aiskrim kat dalam peti sejuk. Tapi masalahnya dia kan kecik lagi. Mana lah sampai nak pegi panjat sampai ke tingkas atas peti tu. Si adik mendapat idea baik punya. 


Kecik-kecik lagi sudah genius ye.  



Dia berkomplot dengan kucingnya yang bernama 'si tompok' untuk melakukan kerja-kerja terkutuk ini. Si tompok disuruh untuk panjat peti sejuk dua tingkat itu. Maka kucing yang tak tahu apa apa ni pun panjat jela tanpa sebarang mala fide. Sebab apa yang dia tahu berdasarkan dari pengalamannya pada masa lampau, dia pasti akan kena cekik dengan budak kecik tak cukup umur ni kalau dia naik hangin tak dapat apa yang dia nak. 



Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki si kakak menuju ke dapur. Si adik cepat cepat masuk ke dalam buaian macam lipas kudung dan berpura-pura tidur mati. Maka yang tinggal hanyalah dot, dot, dot . . . 








Kesimpulannya, lain kali pegi amik kerusi ye dik. Panjat sendiri. Kesian kucing tu tiba-tiba jadi mangsa. Ohhh semua ni hanya salah faham semata-mata. Hahaha!




nota kaki : mala fide merupakan istilah perundangan yang sering digunakan bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai niat jahat terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan.






No comments:

Post a Comment

Komen Selagi Boleh