Pemenang Bot Berhias 2012

~Assalamulaikum~

Hey! Hey! You all suka tengok bunga api tak ? (sila angguk) Suka tengok lampu warna warni tak ? (sila angguk lagi).. Haa sama la kita. Sep sikit. Toink. Sebab tu aku suka gler pergi I-City Shah Alam semata-mata nak tengok lampu. Memang boleh lupa masalah rumah tangga kalau dapat tengok lampu-lampu cantik meletop camtu. Kat sini bukan nak cter pasal I-City, tapi nak share sikit tentang dot, dot, dot . . . Sila teruskan pembacaan. Teeeheee~


Bersempena dengan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012 (Floria Putrajaya 2012), Kementerian Pelancongan Malaysia telah menganjurkan Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia (1MITNF 2012) yang bertemakan 'Magic of The Night' pada 30 Jun - 8 Julai 2012. Para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan bot-bot berhias yang belayar di sekitar Persisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, Putrajaya dari jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam.


Terdapat 15 buah bot berentap bagi merebut anugerah dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu Bot Terbaik Keseluruhan, Bot Paling Kreatif, Bot Berhias Lampu Tercantik dan Bot Paling Popular. Keunikan dan keindahan simbahan cahaya LED dengan pelbagai warna dan bentuk pasti memukau setiap mata yang memandang.  Majlis penutup telah dirasmikan malam tadi oleh YB Dato' Sri Dr.Ng Yen Yen dan turut menampilkan penyanyi Shafinaz untuk membuat persembahan.



Jom kita tengok bot mana yang menang !




(1) Kategori Bot Terbaik Keseluruhan / Overall Best Boat

Pertama - Suzhou, China

Kedua - Terengganu


Ketiga - Perak




(2) Kategori Bot Paling Kreatif  / The Most Creative Boat

Pertama - Kementerian Pelancongan, Kenya


Kedua - Negeri Sembilan


Ketiga - Sarawak




(3) Kategori Bot Berhias Lampu Tercantik / The Best Lighted Boat

Pertama - Sabah


Kedua - Perbadanan Putrajaya

Ketiga - Suzhou, China




(4) Kategori Bot Paling Popular / The Most Popular Boat (Vote)


Perbadanan Putrajaya






Tapi yang sedihnya bot negeri Johor tak menang pown. Wuwuwuw. Nice what. Tak pela mak jemah, cuba lagi tahun depan ye! Sekian laporan daripada saya, kita kembali ke Seri Pentas.. :D






sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia.




6 comments:

  1. wehuuu, semuanya cantik-cantik :)

    ReplyDelete
  2. kan? terpesona mata memandang.. :D

    ReplyDelete
  3. pergh
    rambang mata nk plh pemenang kalau lya

    ReplyDelete
  4. semua cantik . huh kalau aku pengadil tak tahu nak pilih yg mne , hahaha .

    ReplyDelete
  5. Lyaa Suriany:

    rambang mata + rabun sebab silau tengok lampu-lampu ni..hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  6. Syafik Coklat:

    kasi je semua menang..hadiah boleh pandai-pandai share...kuikuikui.. ;P

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh