Kenapa Aku Nak Jadi Lawyer ?

~Assalamualaikum~


Pssttt...apa khabar sayang? Sihat yer? Alhamdulillah.. :)

By the way, sorry la sebab kiter lupa nak update pasal entry yang kiter pernah janjikan sebelum ni (link). Tak pe kan? Tak mao marah-marah taw. nanti cepat tua. tak sengaja la. dah siap edit aritu, cuma lupa nak publish je. jangan marah ea. wuwuwu.. haaaa camtu la baru sayang... :D


Wait, wait..apa kes ni..sayang2 konon..kiter2 la bagai..sori sikit, aku gangster kot. =,=


"Kenapa awak amik course Undang-undang ni? Kenapa nak jadi lawyer? Kenapa tak nak jadi suri rumah je? Kan besar pahala kalau jadi suri rumah sepenuh masa. Fokus kat suami dan anak-anak kat rumah tu." Basically, ini lah soalan pertama yang pernah ditanya oleh kebanyakan pensyarah masa aku first year diploma kat KUIM dulu.


Psstt, pensyarah bukan tanya aku sorang je, tapi kat student lain jugak. biasalah, masa tu aku belum fames lagi macam sekarang ni. kalau tak mesti dot, dot, (dah mula perasan). nak tahu apa jawapan aku? jeng, jeng, jeng...


Ekceli aku tak tahu nak start dari mana, tapi aku cuba yang terbaik ea.




jap. tarik nafas dulu. ok, camni cternya. first, sebab minat. tapi minat ni datang masa aku form 5 dulu. sebelum tu xdela pulak menggedik nak minat jadi lawyer bagai. dulu selalu jugak la cikgu puji karangan aku ni antara karangan terbaik (lari topik). cita-cita masa kecik nak jadi doktor, tapi aku sedar aku ni tak layak untuk menjerumuskan diri ke dalam bidang perubatan yang mak datok susah gler tu. tambahan pulak, aku tak minat matematik. ehh ada kaitan ke? haha. dan jugak, subjek fizik, kimia, biologi aku memag ke laut. serius aku buat spm tu macam exam upsr je. tahu la upsr dapat 5A. apa kejadah kau nak samakan spm dengan upsr pulak? arghhh. aku sikit menyesal jugak la sebab tak perform habis-habisan masa spm dulu. menyesal sikit je, tak banyak mana pun. maklumlah, kanak-kanak ribena.



aku percaya, peluang ada di mana-mana. even aku tak dapat ipta dalam course yang aku minat, tapi aku nekad nak jugak belajar law. tak kira weyh. aku nak jugak amik law. peduli apa. ipts pun ipts la. then, aku apply banyak tempat, dan dapat semua tempat yang aku mintak tu. tapi peliknya, tempat yang aku tak apply pun dapat jugak. haha! masa tu memang pening tak tahu nak pilih yang mana satu idaman kalbu. last2 aku pilih KUIM sebab dekat. hehe. so aku mula rajin start amik diploma kat KUIM. masa tu memang study tak ingat dunia. frust tengok kawan-kawan masuk tempat best-best, sedangkan aku sorang je tercampak kat situ. hewhew. amekkau! tapi aku puas hati la sebab aku dinobatkan antara pelajar cemerlang masa tu (maaf riak). Astaghfirullah~ bukan riak la, ni nak bagi semangat kat junior-junior kot la diorang terbaca entry ni. think positive. =D


argghh. aku stress kenapa cter panjang sangat ni. OK2 aku pendekkan.



dah alang-alang nak bagi pendek tu, aku buat kesimpulan jela terus. haha. selain minat, aku tengok dalam salasilah keturunan aku, belum ada lagi yang bekerja sebagai lawyer. statistik dari pengamatan peribadi aku, mostly family belah abah ramai yang jadi cikgu, termasuklah abah aku sendiri. selain tu adela jugak doktor, engineer, polis dan lain-lain. family belah mak ramai yang bekerja sendiri. sepupu sepapat aku pulak takde sorang pun yang amik law. so konon-konon macam nak pecah rekod la ni. haha. dah la. aku terasa macam nak bagi point, tapi tangan ni rajin sangat pulak nak menaip. itu jela yang aku boleh share. cter banyak-banyak kang ngantuk pulak. 



dan, oh ye, ekceli aku suka perhatikan cara peguam menguatarakan hujah dengan pakaian hitam putih diorang tu. err tapi kan best kalau boleh pakai warna warni masuk dalam court, especially purple, fuhhh! barulah style. hehehe..



This article really inspiring me --> Utusan Malaysia



Coursemate masa kat KUIM dulu. rindu sangat. haihhh... T_T




nota kaki :

Ya Allah, permudahkanlah langkah hambaMu ini untuk mencapai cita-cita. Berkatilah segala ilmu yang aku pelajari selama ini. Semoga aku tidak menggunakannya ke jalan yang salah. Bukakanlah jalan untukku agar aku dapat menolong insan lain di dunia ini. Ameeen.. 






Belajarlah untuk berdiri dulu sebelum boleh berlari  . . . :')
~xoxo~



7 comments:

  1. rin doakan awak jdi lawyer yg berjaya!Amin :D

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya menjadi lawyer yang berkaliber nanti :)

    ReplyDelete
  3. insyaallah :) jadi lawyer tu baik kalau kita pndai bezakan yang mne yang mne btol ;)

    ReplyDelete
  4. Pakai kot ungu ungu tu pun cantik jugak ! Buat pecah rekodlahhh .. eheee ~~~ xD

    ReplyDelete
  5. insyaallah kalau ada minat pasti berjaya ;-)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh