Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook


PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baru yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.





Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

(Kosmo)



Pengajaran : Jangan mudah percaya pada pihak2 tertentu. kalau tak yakin nak beli secara online, pergi jela turun padang, beli direct. excersise sikit kan. jalan2 cuci mata survey harga. dah puas hati baru la beli. ehh dah nak raya la. baju raya korang dah beli ke? jom2 beli baju raya!!!  miahahaha.. =D



16 comments:

  1. uwaaa!
    Kalau kene cmni maunya nanges lebih2 gy nak raya nih..

    ReplyDelete
  2. kesiannyer la diorang kan
    org yg tipu tuh merosakkan perniagaan online

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! tapi banyak je perniagaan online yg bebetul jujur dan sistematik..kita sebagai pengguna yg harus bijak memilih dan menilai.. =)

      Delete
  3. Padang besar? Kalau padang besar tu banyak ja baju murah2. Yg nk beli ikut FB tu npa. Kesian.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah pergi sekali je padang besar tu..miahaha! diorang rambang mata la fikri, xpe.. ni pengajaran untuk diorang jugak..yang lain boleh ambil iktibar dan jadikan sempadan.. apapun, shopping tetap shopping..yeayhh!! =)

      Delete
  4. siannya...nasib baik xpernah terkena..semua brg yg dibeli scara online,smuanya smpai kt umah...alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..tapi still kena hati2 jugak taw.. :)

      Delete
  5. Pernah kene tipu beli camera dekat internet RM800 melayang. Duit dah bankin tapi barang tak sampai-sampai. Dah jadi kes polis tapi sampai sekarang tak selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah..pernah jugak lesap RM500, tapi bukan kes online la..semoga tabah..ada hikmah tu..huhuhu... :)

      Delete
  6. isk3. mcm2 skrg nie....lepas ni kena berhati2 la bila guna online shopping...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..inilah realiti kehidupan.. :)

      Delete
  7. dy da gtau nama kedai tu x? klu dpt tau,msti org xkn terkena dgn kdai tu lg dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kes camni, diorang letak je nama tipu2. harapan bertambah tipis sebab diorang dah deactivate fb. susah polis nak jejak. memang licik betul...

      Delete

Komen Selagi Boleh