Arsenal 2 : 1 Malaysia






Arsenal : Eisfeld 84', Aneke 89' vs. Malaysia : Azmi Muslim 45'



Saya fan nombor 1 Arsenal. fan? what fan? peminat, bukan kipas. miahahaha. MASALAHNYA bila diorang lawan malaysia, terus jadi blurr kejap sebab tak tahu nak sokong mana. duduk depan TV sambil garu kepala. hahaha. tengok corak permainan malaysia tadi macam dah boleh menang bila mendahului gol sebanyak 1-0. tapi Arsenal bangkit untuk menyumbat 2 biji gol pada saat2 akhir. corak permainan Malaysia agak cun jugak la malam ni. dah boleh nak bersaing dengan Arsenal. 



pada saya, malaysia punya first team lagi power. kita boleh tengok betapa pentingnya player berpengalaman macam S.Kunalan, Safiq Rahim, Safee Sali, Norshahrul dan Aidil Zafuan. lepas je diorang keluar, habis kucar-kacir. pertukaran terlalu banyak pemain oleh pasukan malaysia mencacatkan kualiti permainan. sampaikan formasi player jadi tak menentu. second team? huh. defend hancus. mungkin Datuk K. Rajagopal banyak menukar pemain sebab kesian kat anak buahnya yang berpuasa kot. LOL.



tapi. tapi. tapi. 



Arsenal kene ingat, diorang skor 2 gol pun selepas malaysia menukar kesebelasan utama. kira malaysia pun power jugak lah kan kan kan.. 



kesimpulannya, mutu permainan boleh dipertingkatkan lagi. kita perlu lebih banyak match untuk cari balik keserasian dan fitness level. harimau malaya done a great job. mereka main dengan bagus, keeper malaysia jugak not bad. walaupun kalah, tahniah Harimau Malaya sebab beri saingan sengit perlawanan menentang Arsenal malam ni.. Arsenal menang pun takpe. Malaysia main dah cantik gila kot. 








Tahniah Harimau Malaya. aummm!!!




dah. dah. dah. jom layan gambar ni pulak.

klik gambar untuk lebih jelas


sape setuju angry bird ni comel? klik sini
sape yg tak setuju pulak klik sini


p/s: sabar ea fan team lain. korang mesti kutuk arsenal kalau kalah tadi kan. miahahaha. kita tengok pulak apa jadi pada team lain masa lawan malaysia nanti. good luck yaw. kihkihkih.. :D



14 comments:

  1. tu la.. haz pun dah target awal2 tu malaysia dah boleh menang.. defence di saat2 akhir tu sangt lemah.. huhu =.=' but anyways good job harimau malaya for the good game kan~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! harap2 diorang boleh buat lagi baik pasni. ngeee~

      Delete
    2. yezza~~ btw slamat bersahur ye.. itew nk titew niew.. hahahha. good night ^^ assalamualaikum

      Delete
    3. waalaikumussalam w.b.t... =)

      Delete
  2. Ety tidur awal semalam. Sempat tgk awal2 je waktu Malaysia gol tu. Tapi mmg kalau tgk kawalan bola dari awal, Malaysia yg lead.

    But then, tu laa, betul ckp Nadia. Kalau Arsenal kalah, fan lain mesti kutuk2 dah. Lucky Arsenal menang :)

    ReplyDelete
  3. Huyoo.. minat bola. Haha. Arsenal nak kalah dah semalam. Mesia bg Arsenal mng sbb xnk bg diorang malu. Diorg kan kelab terkemuka dunia. haha.


    Angry bird xcomel tapi garang. :D

    ReplyDelete
  4. arsenal menang ke dah agak dah kompem lah dorang menang kan

    ReplyDelete
  5. Fikri:

    lebih minat bola drpd angry bird..haha! =D

    ReplyDelete
  6. Jal:

    ala, nasib je tuh..
    hahahaha....weee~

    ReplyDelete
  7. kan.. kalo la player malaysia bertahan sikit je lagi, at least seri pon dah bangga.. ape2 pon dah jadi.. hehe

    pasal pertanyaan @nadia elena tu, dlm interbiu tu dorang tanya bese2 je,perkenalkan diri dan pengalaman..dlm dua bahasa bm ngn bi... hehe

    ReplyDelete
  8. Wah.. cayalah Harimau Malaya! GBM kurang skit tengok bola.. Hihihi.. Minat tp xsuke tengok.

    ReplyDelete
  9. hehe.. xpe GBM, nama pun perempuan kan.. =)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh