TOMCAT bukan TONG CAT !


Apa itu TOMCAT ?
Adakah ia sama macam TONG CAT yang kat rumah tu ?
Hahahaha...


Pelik kan? Sape yang baru first time dengar? Angkat tangan! Yeayh! Give me five! Kita serupa. Hehehe. By the way, dah alang2 baru tahu, kat sini nak share sikit lah kan. Ekceli tomcat ni merupakan sejenis wabak yang di bawa oleh sejenis serangga. Nama serangga (seperti yang terdapat dalam MyKad nyer) ialah Kumbang Rove. Nama saintifiknya pula ialah Staphylinidae. Nama setempat a.k.a nama kampung (bak kata YB Amin) termasuklah juga Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan James Bond. Ia mempunyai lebih kurang 47 000 spesies di serata dunia terutamanya di negara yang beriklim khatulistiwa.


Mempunyai saiz kurang daripada 1cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan manakala bahagian kepala, abdomen dan belakangnya pula berwarna hitam. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. 


Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas ala2 Jackie Chan gitu uolss di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu, kumbang ini akan menaikkan bahagian abdomennya supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh dalam selimut.


Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang rumput dan lain-lain. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan serangga lain yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir, kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering. Ceh, takut air rupanya. Hahaha!


Kumbang ni bajet hot..Suka lettew dapat masuk dlm blog aku..Gigit kang ! =D


Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953. Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. 


Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit  kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.


Sesiapa yang ternampak lembaga ni, anda disarankan untuk terus bunuh je. Woww!! Bab bunuh2 ni yang aku suka. Hahaha!!! Kejam siot.  Bagitahu kt adik2 korang, jgn main dengan kumbang ni..kang tak pasal2 masuk spital. Makhluk halus ini akan menyengat dan kesannya boleh dilihat sebagaimana gambar kat bawah.


"Nanah berdiameter 2cm dan terus membesar apabila tidak diubati." -Dr. Nadia Elena.


Kesian wooo sape yang kena ni..Tsktsktsk !  T_T


Keratan akhbar..Nampak tak tulisan? Haha..Scan je kot.. =,=


Antara tips untuk mengurangkan risiko dihinggapi serangga ini adalah dengan mengurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam. Jimat elektrik lah katakan. Ini kerana kumbang rove amat tertarik kepada perempuan cantik cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus. Lebih kurang sama macam korang nak elak dari nyamuk la. Better korang sorok sekali kasut letak kat dalam rumah, nanti mesti kumbang ni ingat korang xde kat rumah, kan? Pastu nanti xdela dia masuk rumah. Hahaha. Duhh ! =p 


Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk. Sebaiknya hembus/tiup kuat2 kat cik kumbang yang bajet comel ni supaya dia lari lintang-pukang pergi tempat lain. Tak kisah la dia nak pergi mana sekalipun. Ada aku kisah? =D  Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah ambil wudhuk basuh pada bahagian yang terkena najis kumbang rove dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapatkan rawatan perubatan.
{sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia}



p/s: Bawang merah InsyaAllah boleh mengurangkan gatal2 pada kulit yang disebabkan oleh kesan bisa serangga dengan cara menyapunya pada najis bahagian berkenaan.
- Ustaz Azhar Idrus.. =)


~xoxo~


4 comments:

  1. owhh..tomcat ea..tq akak cmel..
    typo: jgn main

    ReplyDelete
  2. oh tomcat ke namanya?
    kat matrik dulu nickname dia charlie. hehe
    kalau jumpa, trus cari selotape nak bunuh binatang ni. buruk je bilik dengan selotape2 tuh. huhuhu

    ReplyDelete
  3. mohd najib:

    haha..tq! taip laju sangat tadi, so tak perasan ada typo. btw, dah betulkan! bagus la dia ni. alert.. =D

    ReplyDelete
  4. liyana:

    bilik buruk xpe, janji keselamatan terjamin. nasib baik tak pernah jumpa lagi dgn Cik Charlie ni, kalau x mst dah lama main pegang2 dia sbb lawa sgt..warna dia menarik! =D

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh