Jodoh Itu Rahsia Allah


Andai kamu mencari yang sempurna
Pasti kamu merana sengsara
Carilah yang tidak mencela
Mampu menerima dirimu seadanya
Yang berkongsi saat gembira
Dan sentiasa bersama di saat berduka


Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, 
yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. 

Jika kita SUKA seseorang, 
kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. 

Tetapi jika kita CINTA seseorang, 
kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. 


Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, 
inikan pula hati manusia. 

Perlu diingat..
Hati itu mudah berbolak-balik sifatnya.
Jadi, kena minta supaya Allah yang jaga.
Nak harapkan manusia?
Hmmm hati sendiri pun belum terjaga, ada hati nak jaga hati orang lain.
Memang takkan menjadi..


Berdoalah kepada Allah agar cinta yang kita miliki itu merupakan cinta sejati kerana apabila cinta kita diuji,  ia akan menjadi semakin hebat dan kuat atau.... mungkin juga menjadi semakin rapuh dan menjauh. Allah tidak zalim apabila Dia memutuskan cinta antara dua hati. Cuma sebenarnya Allah ingin mengajar kita tentang sesuatu atau menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Believe it ! Allah knows the best !  

Pernah tak fikir, kenapa Tuhan memisahkan kita dengan orang yang kita cinta? 
Sebab kadang-kadang kita terlalu dekat, melebihi yang sepatutnya. dan Tuhan menambah jarak itu kerana Dia mahu kita muhasabah diri. Dia mahu kita berbicara pada-Nya. Dia mahu kita saling mengingati dalam doa. Jika benar cinta, yakinlah perpisahan itu sementara. Yakinlah perpisahan itu terjadi kerana Tuhan mahu melindungi kita daripada fitnah. Jika cinta itu betul, pasti ada jalan pulang. bersabarlah. Jangan sesekali meninggalkan Tuhan kerana cinta. Bukankah kerana adanya Tuhan maka baru kamu bisa bertemu dan bercinta? Jangan ikut rasa kelak binasa. Jangan ikut hati kelak mati. Maka ikutlah kata iman, nescaya akan aman.. =)



Buat kaum Adam, jika anda dianugerahkan sebuah perasaan CINTA terhadap seseorang yang begitu sukar untuk dimiliki, sudah tentu anda inginkan sebuah percintaan yang halal bersama si dia sebagai tanda anda menghargai anugerah cinta terhadap insan tersebut. Jadi anda perlulah menikahi si dia dengan cara yang sah supaya anda berhak melakukan apa-apa yang diharamkan sebelumnya bersama si dia. Jangan malu untuk mengajak perempuan bernikah, tetapi malulah apabila mengajak perempuan untuk bercinta tanpa nikah.

Jika berani mencintai, harus juga berani menikahi. Jangan hanya pandai menabur janji sana sini sehingga banyak hati yang terluka yang nanti akhirnya menimbulkan sedikit sebanyak rasa sakit hati dan benci oleh orang yang dilukai itu. Lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang mampu mencuri banyak hati tetapi lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu menjaga satu hati dan setia pada satu hati itu untuk selamanya... 




Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk 'MENJADI' bukan hanya sekadar 'MENCARI'Namun hakikatnya, berubahlah untuk menjadi lebih baik semata-mata kerana Allah. Seandainya hasrat dan niat kita ikhlas kerana Allah, pasti apa yang kita usahakan itu akan kekal sampai bila-bila. Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. InsyaAllah kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik kerana orang yang baik akan memilih calon yang baik-baik untuk dijadikan sebagai pasangan dalam hidup kita. 

Ketika kamu mencintai orang yang mampu mengubahmu ke arah kebaikan, 
maka cintailah dirinya tetapi jika dia menolak cintamu maka lepaskanlah dia.
Sungguhpun begitu, kekalkanlah segala kebaikan yang telah tersemat dalam dirimu 
saat bersamanya agar Allah mempertemukan orang lain yang lebih baik buatmu sebagai pengganti.

Ingatlah juga bahawa manusia itu ada keistimewaan dan kelemahannya, ada kelebihan dan juga kekurangannya. Maka ikhlaskanlah hati lillahi Ta'ala kerana semua manusia tidak ada yang sempurna. JODOH itu rahsia Allah, antara cepat dan lambatnya saja. Cuma jarak masa yang tidak kita ketahui. Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perkahwinan itu adalah sangat penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 


Siapa pun yang bakal menemani hidup kita suatu hari nanti, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah insan akhir zaman yang punyai banyak kekurangan. Apabila Allah menciptakan diri kita dalam keadaan yang kurang cantik, sebenarnya Allah sengaja nak uji kita. Dan baiknya Allah, Dia akan hadirkan seseorang yang boleh terima diri kita seadanya. Berubahlah fizikal kita macam mana sekalipun, tetap dia akan terima kita... ;)

Kita berkahwin dengan pasangan kita tu bukan hanya dengan kesempurnaan
yang indah di mata kita tika zaman "usha dari jauh".
Kita juga berkahwin dengan kekurangan yang dia ada yang kita belum nampak 
ketika zaman "usha dari jauh" tersebut.
Yaa... we married with full package!
Dont expect too much. Nobody is perfect.





Perasaan cinta itu bukannya harus di 'Delete' tetapi perlu di 'Hidden'kan untuk sementara waktu sehingga tiba waktunya untuk di 'Approve' oleh yang halal. InsyaAllah. Tidak ada peraturan dalam dunia ini yang mengatakan jika kita suka pada seseorang, seseorang itu kena suka pada kita balik. Ada jodoh adalah. Jika tiada jodoh, berkawan saja. Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan suatu rahmat yang tidak kita duga.. =)

Ada jodoh = nasi minyak, takde jodoh = nasi bujang.
Ada jodoh = kita kawin, takde jodoh = kita kawan.
Ada jodoh = awak kat pelamin saya, takde jodoh awak kat mana awak kat mana.
*jadah dia*

Kalau rasa nak tunggu, nak bertahan, nak bersabar, silakan.
Tapi yang penting, jangan pernah rasa sia-sia waktu tu kalau nanti tak berjodoh. 
Sebab segala kekuatan, ketabahan, kesetiaan, kalau mungkin bukan dengan dia, 
akan Tuhan ganti dengan yang selayaknya.


KEPADA GADIS YANG MENUNGGU. . .

Lelaki yang benar2 menyayangimu akan berusaha untuk menjemputmu dengan cara yang terhormat daripada ibu bapamu, bukan dengan cubaan membelakangkan mereka. Perkara yang baik perlu didapatkan dengan cara yang baik juga, kerana kita harus sedar hal yang terindah memang tidak mudah untuk kita dapatkan dalam hidup.. :')

Kelak akan datang seorang lelaki, entah siapa, menemui ayahmu dan berkata; 
  "Izinkan aku untuk menjadi imam kepada anakmu di sejadah rindu."

Kelak akan datang seorang lelaki, entah siapa, menemui ibumu dan berkata; 
"Izinkan anakmu menjadi ibu untuk anak-anakku."

Dengan izinNya,
Suatu hari nanti.



Bercinta Selepas Nikah Itu Indah.
Jaga DIRI. Jaga IMAN. Jaga HATI.
Jumpa Lagi.




Dalam bisikan doa, ada segaris nama.
Jika benar dia, permudahkan segalanya.
Jika bukan dia, luputkanlah dia dari ingatan.
Hilangkanlah pesonanya dari pandangan... :')

Ya Allah, aku mencintainya keranaMu ya Allah.
Jika dia benar untukku, maka satukanlah hati kami dan dekatkanlah jodoh kami.
Jauhkanlah diri kami daripada perkara-perkara yang Dikau murkai.
Jika dia bukan untukku dan aku bukanlah untuknya maka damaikanlah hati kami
dengan ketentuanMu. Amin.. Amin ya Rabbal 'Alamin...


10 comments:

  1. wow.... sayu hati bace posting ni...

    ReplyDelete
  2. entri ini lah jawapan saya untuk pertanyaan awak itu.. hehe..
    tapi saya nak sangat bercinta lepas kahwin.. cinta sebelum kahwin amat menyakitkan.

    ReplyDelete
  3. hoho..so sweet!!!
    bagus lokman..
    teruskan... =)

    ReplyDelete
  4. >,< GUD ENTRY ,, SEBAK JE BCE .. HIKHIK

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh