Dapat Panggilan Kerja Lagi

~ Assalamualaikum ~

- Gambar Hiasan -

Ring..Ring..Ring..

Hello, siapa ni?
Ya saya Nadia.
Ada apa ye?

Apa? Tawaran kerja kat ASTRO?
Maaf lah, saya tengah sambung degree ni Cik.
2014 baru habis.
OK Cik, terima kasih.. =)


Tu lah antara dialog ringkas berdasarkan apa yang aku jawab setelah di call pagi2 buta tadi oleh sorang Cik yang aku dah lupa sape namanya. Sebenarnya ada lagi benda yang aku merepek tanya macam2 kat Cik tu, tapi kena cut off  sebab kalau cter kat sini memang 3 hari 3 malam tak habis. Dah laa guna private number, aku ingat admirer mana la pulak yang call. Hahaha perasan! Cik tu cakap, dia nak call aku lagi tahun 2014 nanti. Agak2 boleh caye ke? Kahkah. Sejak aku jejak kaki kat UKM ni, dah 5 tawaran kerja aku dapat, semuanya atas tiket Diploma yang aku ada and setiap kali aku letak i-phone 4s handphone aku uh, mesti dalam hati terdetik camni, "Kenapa lah time aku dah sambung degree ni baru berduyun-duyun offer masuk. Semua best2 pulak uh. Tsktsktsk!" T__T (nangis tipu)

Kalau aku xde kt UKM sekarang, berkemungkinan BESAR aku dah berjaya kumpul duit beribu riban hasil pendapatan kerja + dah ada sebijik Proton Preve + dapat suami kaya yang aku jumpa masa kat tempat kerja (silap2 dengan bos sendiri, suami orang pulak uh aku kebas). Hohoho. Astaghfirullah al-'Azim. Berbalik pada topik, adakah aku rasa MENYESAL sebab terpaksa sambung degree & terpaksa tolak semua tawaran kerja tersebooowt? Jawapannya tentu TIDAK !

Memang dari dulu aku dah lama simpan hasrat untuk masuk UKM ni disebabkan impian keluarga yang nak sangat aku dapat sekurang-kurangnya degree and tengoklah kalau suami bagi sambung belajar lagi, aku ingat nak hamek master pulak pasni. Tapi rasanya macam tak bagi je. Boleh tak bang? Boleh tak? (ahh lupa, aku belum ada suami lagi, so tak boleh nak tanya sekarang). Wuwuwuw.. :"(


Well, impian tu xdela susah untuk aku realisasikan memandangkan aku jugak ada cita2 sendiri yang ingin dicapai - aku nak jadi Lawyer ! Tak kesah la lawyer buruk ke apa, janji lawyer. Hahaha! Maka, untuk menjadi seorang lawyer baru atau buruk, degree itu sangat penting ye adik2 semua, bukan boleh guna modal air liur je.. =P

OK lah, apapun aku sangat berbesar hati sebab dapat panggilan kerja semua tu. Cuma tunggu panggilan untuk dirikan masjid je tahun 2015 nanti. Tengah tunggu green light dari mak abah. Kahkah. Bengong je. Tak habis2 cter pasal kahwin. Akak aku cakap aku jiwang sebab suka post pasal cintan cintun kat fb. Cisss. Exam dah dekat woi. Fokus! Fokus! Panggilan MAUT tu lagi penting, boleh datang bila2 masa je kau tahu? Insap lah sikit. Haihhh.. =,=

Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang berkenaan sebab susah2 call  walaupun aku terpaksa tolak. Kepada bos-bos di luar sana tu, jangan serik untuk offer aku kerja lagi sebab aku ni fleksibel. Tak dapat jadi Lawyer, jadi Majistret pun boley laa.. =P

Nantikan entry akan datang yang bertajuk : KENAPA AKU NAK JADI LAWYER? 
Bulan depan lepas habis exam baru update. Lalalalalalalala~ Sementara tu, zassss...kita layan dulu study untuk paper akan datang. Semangat Nadia Semangat!! Aja Aja FIGHTING!!!!

Wahhh nak gelang tangan jugak ! =D

Tahniah buat coursemate masa kat KUIM dulu-Rina & Suami yang dah selamat diijabkabulkan baru2 ni.
Masuk dia, dah 3 orang coursemate aku kahwin.. Barakallahu'aikum...

~ Hehe.. Iklan jap! Jangan lupa klik2 iklan nuffnang kat tepi tu ye! Maseh..=D ~


p/s: Mak..Abah..Doakan Angah ea..Love both of u! Weeehuuu..
Tak sabar nak balik MUAR niy...agak2 durian ada lagi tak ek?? =D


6 comments:

  1. salam...student ukm gak ek? saya pon student ukm gak..salam perkenalan..=)

    ReplyDelete
  2. slmt berkenalan jugak..hidup UKM! huhu..good luck exam! ;)

    ReplyDelete
  3. slmt berkenalan..sy student UKM jgk!
    hehe :)

    ReplyDelete
  4. ehh? ingatkan budak tadika mana la yg sesat tadi..lalalala~

    ReplyDelete
  5. haha..saje je ni..
    btw thanks ! (^^,)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh