Cincin Vs Teddy Bear


Hai semua ! Jom baca kisah di bawah. Moga terbuka sikit hati kita ni daripada sikap suka meminta-minta. Bersyukurlah atas apa yang kita miliki. Hehehehe. Jom layannnnnn...




Di suatu petang yang indah, terdapat sepasang couple sedang berjalan-jalan sambil menghirup udara segar. Sambil berjalan, mereka berbual-bual mesra. Antara dialog perbualan mereka :


GF : Awak , saya nak cincin hubungan kita.

BF : Untuk ape ? Malas lah. 

GF : Hurmmm.. yelah...

BF : Awak , cuba tutup mata awak. Saya nak bagi hadiah.

GF : Hadiah? Ok..

BF : Errr cuba tengok ni. Saya ada belikan teddy bear untuk awak. Hehehe suka tak?

GF : Awak ! Saya tak nak teddy bear ! Saya nak cincin hubungan kita ! Awak tak faham ke hah?!!
     ( sambil membaling teddy bear itu ke jalan raya )


Si lelaki terus berlari untuk mendapatkan semula teddy bear tersebut. Setelah ia berada dalam genggamannya, tiba-tiba sebuah lori simen yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Nepal meluru laju ke arahnya dan dengan serta-merta badannya habis digilis sehingga lumat. Lelaki tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak. Si perempuan menjerit dan dalam keadaan serba salah, dia mengambil teddy bear daripada genggaman lelaki tersebut. 





Tiba-tiba teddy bear itu berkata : 

 ' Hey you.. Please look into my pocket.. '


Perempuan yang tengah blurr tu pun melihat sambil meraba-raba poket teddy bear yang dipegangnya itu. Kemudian kelihatan sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian di dalamnya. Sangat cantik ! Mungkin lelaki tu beli kat Habib Jewels. Berapa harga sebenar, itu aku tak pasti. Nanti korang boleh tanya dia sendiri ye. Ngeh ngeh ngeh.  Si perempuan bertambah blurr dan tergamam seketika.


Kemudian teddy bear itu terus berkata :

' Will you marry me ?? '


Air mata perempuan itu jatuh mencurah-curah ke ladang gandum bumi. Perasaan hiba dan sebak tidak dapat dibendung lagi lalu dia menangis dan meraung semahu-mahunya. Tetapi sudah terlambat untuk dia menyesal kerana lelaki yang menyayanginya itu sudah pun pergi buat selama-lamanya... T_T  









Moral of the strory :
(1) Jangan nak menggedik mintak macam-macam kat bf korang.
(2) Belilah anak patung yg tahan lasak sebab takut nanti dicampak2.
(3) Berhati2 lah di jalan raya terutamanya ketika sedang mengambil barang.. :')



HADIAH YANG INDAH bagi seorang wanita, bukan cincin atau teddy bear.
Tapi hadiah dengan cara menikahi perempuan itu adalah hadiah yang tidak ternilai dan paling ditunggu2 oleh mereka. Hadiah untuk menjadikannya serikandi, bukan sekadar hiasan yang dibawa kesana kemari....
 ~ xoxo ~




4 comments:

Komen Selagi Boleh