Badan Ditindih Waktu Tidur ?


AMARAN :
/Kisah separuh seram/

Tolonglah baca entry ni waktu tengah malam supaya korang dapat rasa apa yang aku rasa. Sesiapa yang tengah baca waktu siang tu, tolonglah KIV untuk malam nanti. Pelisss pelisss.. Pfff!  Ekceli aku jarang stay up sampai lewat malam. Tapi disebabkan semangat nak exam punya pasal, kena la study sikit. Kata nak dapat dean list kan? Miahaha..



Cisss gambar tak cukup seram


Nak dijadikan cerita, lebih kurang pukul 3 pagi semalam aku rasa badan macam kena hempap oleh satu 'benda'. Aigooo berat gler kot. Nak gerak tak boleh, nak bercakap tak boleh, nak apa-apa pun memang tak boleh laa I told you. So apa je yang boleh? Apa pon tak boleh.. 

Masa tu aku tidur-tidur ayam and ternampak satu bayang-bayang atas badan aku. Siyes tak tipu. Aku perasan yang aku memang bukak mata masa tu sebab aku boleh nampak handphone kat sebelah, tapi nak capai memang tak boleh, padahal dekat je kot. Ishh ! Aku rasa 'benda' tu dah ikat tangan aku. Hahaha !  Scary yaw.. T_T



Ada jugak kawan2 lain yang pernah kena :





Korang-korang yang tengah baca ni mesti ada yang pernah kena jugak kan? Siapa pernah? Siapa pernah? Angkat tangan tinggi-tinggi, cikgu nak kira brape orang semuanya. Ahakz. Okeylah, benda-benda paranormal ni memang kita tak dapat nak elak and kena percaya jugak sebab dalam Islam sendiri ada kata yang benda-benda ghaib itu memang wujud. Disebabkan rasa ingin tahu yang teramat sangat (sebab tak puas hati kenapa aku kena hempap), aku pun try laa google punya google, terbaca entry ni. Fuhhh lega sikit laaa sebab kejadian yang aku alami ni sebenarnya cuma Sleep Paralysis je...


Sleep Paralysis kebiasaannya didatangi dengan halusinasi.. Malah yang lebih teruk lagi apabila tuan punya badan itu mentafsir sendiri apa yang dia nampak. Ini memang biasa berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan Sleep Paralysis.. =D






Apa itu Sleep Paralysis?
Sleep Paralysis adalah satu teori sains untuk kesihaan tubuh badan kita. Sleep Paralysis bermaksud “lumpuh ketika tidur”. Seluruh anggota badan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis) ketika kita sedang tidur. Bila ianya berlaku, ada kalanya seluruh anggota badan tidak boleh digerakkan langsung termasuk mulut tidak boleh bercakap. Tetapi kebiasaannya badan akan menjadi separuh lumpuh dan mungkin ada anggota badan lain yang boleh bergerak.


Mengapa wujudnya Sleep Paralysis? 
Manusia yang normal akan tidur nyenyak dengan keadaan hanya jantung sahaja yang berdenyut. Otak juga akan berhenti bekerja seketika dan memberitahu badan supaya berehat. Proses ini di panggil Recticular Activating System-RAS.  Sleep Paralysis  boleh berlaku dalam keadaan sedar ataupun tidak.  Ketika RAS menjalankan prosesnya semula untuk menyampaikan signal kepada otak, kebiasaannya manusia berada dalam keadaan separuh sedar ketika ini. Jika signal elektrik tidak diaktifkan oleh otak ke badan manusia, itulah yang menyebabkan badan manusia menjadi lumpuh seketika. Ia boleh memakan masa beberapa minit sehingga otak mengaktifkan semula signal elektrik kepada badan manusia.



Antara sebab-sebab berlakunya Sleep Paralsis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
# tapi masa aku kena tu, aku tido mengiring ke kanan lar (ikut sunnah).

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock).
# boleh jadi jugak sebab selalu aku tido sebelum kul 12, aritu je gedik tido kul 3 pagi.

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup masa untuk tidur).
# yang ni entah la ek. aku rasa macam lebih dari cukup je masa tido. hehehe..

4. Stress. Kepala otak terlalu berserabut.
# aku rilex je, mana ada stress, tipu niy... T_T 

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (hari ni tidur atas katil, esok nak tidur kat dapur pulak.)
# ni tak boleh bla..xde keje pulak aku nak tido kat dapur kan? ngeh3~

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy 
(tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)
# penyakit apa ni? pelik je.. =p



Kesimpulannya, aku copy paste jela dari apa yang aku tulis kat fb pagi tadi. Punya pemalas nak taip balik. Budak bertuah ni memang.. gggrrr...

Aku memang perosak bahasa.. (macam mana nak jadi peguam nanti) ! T_T


Dari sudut Islamik pula.....

Tanda gangguan JIN
1.Sakit badan tanpa sebab terutama lepas asar
2.Mimpi jatuh dari tempat tinggi
3.Terasa panas/gelisah mendengar azan atau ayat Al-Quran
4.Sering ditindih jin ketika tidur
Macam mana tahu kita ada gangguan atau tidak
Tips nak kongsikan semak diri sendiri
Lepas solat maghrib atau isya'
Baca di bawah
Al-Fatihah 1x
Selawat Nabi 33x
Ayatul kursi 33x
Tanda ketika baca ialah
1.Mabuk2
2.Muntah
3.Terasa seperti kejutan elektrik
4.Terasa sesuatu bergerak di bawah kulit
5.Berdebar dengan kuat
6.Muka,dada atau tengkuk bahang dan panas
7.Mengigil kakitangan
8.Menangis tanpa sebab

3 comments:

  1. aiyoo.. scary nye..
    asyik berangan ntah pape je.. mne x kena :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..wekkk..dia yang berangan, nak cakap orang pulak.. =P

    ReplyDelete
  3. Baca ja doa sebelum tidur seperti yang di ajarkan :

    Doa tidur
    3 Qhul
    Ayat Kursi

    Konpem tidur lena sampai pagi tak ada sleep paralysis ke..kena tindih ke bla3..

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh