Malu kongsi tips belajar, tapi nak kongsi jugak!


Assalamualaikum semua.. =)

Semoga berada dalam keadaan sihat seadanya. Sorry lah sebab agak lama jugak tak update blog ni. Maklumlah, cuti sem. Kena practise jadi surirumah, sebab tak lama lagi kan dah nak kahwin, nanti xdela kekok sangat nak masak atau kemas rumah bagai. Bakal mak mertua pun tengok senyum je kan? Senang2 je beliau bagi green light kat anak dia suruh melamar kita. Haha! Ngeh3... *gatalsudah*


First of all, saya nak ucapkan tahniah kepada semua kengkawan yang baru je dapat result sem lepas. Kepada yang dapat pointer tinggi membukit tu, jangan cepat berpuas hati, mesti maintain sampai final sem nanti keyh! Kepada yang dapat pointer sederhana macam saya ni, kenalah tingkatkan usaha untuk naikkan pointer, kan? kan? Ayuh, langkah kita ke arah kecemerlangan bermula dari sekarang! Jangan berlengah! Tunggu minggu study week baru nak pulun, buat apa? Allah bagi masa kat kita 24jam sehari. So gunakanlah masa tu sebaik mungkin yer.. =)


Baiklah, even dapat result cukup2 makan je nak capai status dekan tu, tapi ramai jugak yang tanya tips untuk belajar. Segan weh. Patutmya korang tanyalah budak2 yang lagi terer tu. Tapi untuk tidak menghampakan mereka yang bertanya tu, saya dengan berbesar hati nak kongsi sikit beberapa tips yang menjadi amalan saya, walaupun usaha masih belum cukup disebabkan faktor2 tertentu. Erkkk..  =P





TIPS UNTUK CEMERLANG DALAM PELAJARAN:

1. Sentiasa fokus dalam bilik kuliah.
Fine, saya percaya ramai yang boleh fokus. Tapi ada masanya fikiran kita akan melayang disebabkan rasa mengantuk, kan? kan? Nak2 waktu tengah hari + petang. So, korang kenalah standby air mineral dalam beg korang. Lagipun kita memang sangat digalakkan untuk minum banyak air bagi membolehkan oksigen sampai ke otak...bla, bla, bla.. Tidur awal, jangan main FB jerk sampai lewat malam!  =D

2. Buat nota cantik2.
Hehe, yang ni saya buat last minute sem lepas. tak serajin time diploma dulu. Dapat rasakan perbezaan bila buat nota VS tak buat nota. Dulu kalau nak ikutkan, memang selalu je steady setiap kali nak amik exam. Sebab benda2 yang kita tulis tu, kalau dibaca berulang2, memang kompem melekat dalam otak. Cara korang buat nota tu jugak penting. Bukan salin bulat2, tapi kita kena kreatif. Buat la ayat sepadat mungkin. Selalunya saya cuma ingat kata kunci, dan dari situ saya gunakan kaedah AKRONIM- means, korang amik huruf pertama dari kata kunci, bla, bla, bla..nak terangkan macam panjang pulak. Nak tahu detail, search google! Korang taip je perkataan AKRONIM, then boleh tengok contoh kat situ.. =p

3. Output learning.
Bab2 camni, dulu saya selalu practise masa diploma. Sangat2 berkesan. Tapi masa degree ni kurang sikit, nak cakap pun tak larat sebab selalu sakit tekak sampai kadang2 tu dah jadi macam orang bisu pulak. Benda ni simpe je. Korang just terangkan apa yang ada dalam kepala, apa yang korang faham. Explain kat member2 sampai diorang faham. Ala2 korang tu macam lecturer yang tak bertauliah la konon. Selagi diorang tak faham, jangan berhenti, sampai Subuh pun takpe. It's better daripada korang pot pet mengumpat orang lain. Tambah saham dosa je. Haha!

4. Aspek kerohanian.
Tak dinafikan kita sebagai orang Islam ni ada banyak kelebihan. Banyak yang kita boleh amalkan untuk berjaya. Janganlah taksub untuk belajar, tapi amalan kerohanian diabaikan. Ingat, ilmu tu cahaya. Cahaya tak kan masuk dalam hati yang gelap. Selain minta doa restu daripada keluarga dan pensyarah, kita kenalah tingkatkan amalan dengan cara menjaga amalan fardhu dan meningkatkan amalan sunat. Puasa sunat Isnin Khamis (doa orang yang berpuasa dimakbulkan sehinggalah dia berbuka), solat sunat hajat, baca surah al-Waqi'ah setiap hari kalau boleh & macam2 lagi lah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yakinilah apa yang kita harapkan tu. Pastikan niat kita untuk menuntut ilmu itu adalah kerana Allah. Doa, usaha, tawakal.


Sebenarnya banyak lagi tips yang nak dikongsi. Tapi apakata saya cadangkan korang supaya beli je buku2 motivasi yang berlambak kat kedai tu? Haaa, boucher buku belum guna lagi kan? Pergilah beli ye. Saya pun baru je habiskan boucher RM100 kat Ekspo Buku Islam, Putrajaya semalam. Ada lagi balance RM100 -nak beli stationery pulak. Ngeh3...


Total harga: RM102.70... =D




"Jangan sabotaj diri anda sendiri. Ertinya, sebelum mulakan sesuatu, dalam hati dok kata tak yakin, tak boleh, mesti gagal, sure kantoi, takkan menjadi, orang tak akan suka, nanti apa orang kata, dan seribu satu lagi suara2 dalam diri sendiri yang mensabotaj diri sendiri. Tu belum orang lain sabotaj lagi!"
-IRFAN KHAIRI, Jutawan Internet.


Moga kita sama2 berjaya di masa2 akan datang. Salam perjuangan & ceria2 selalu!!!! =)
p/s: Tahniah kepada coursemates yang turut dapat dekan sem ni. Ajhrul Azim, Amirul Amin, Dayah Surasa, Shamsinar..dan nama2 yang tak disebut (sebab tak tahu).. Korang memang terbaik!!!! =)



4 comments:

  1. thanks kakak share tips nie..bergune untuk sy n kwn2 yg lain..tp kan mmg pkiran ni akan melayang kan time da ngantok tu..means kne bwk air byk2 :)

    ReplyDelete
  2. No problem..tapi kalau terlupa bawa air, suruh je kawan kat sebelah tu cubit..at least kita xdelah ngantuk sangat akibat sakit dicubit...hehe! =)

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh