Kisah Aku & Chicken Pox


Assalamualaikum... :)

Dua hari lepas, kepalaku terasa berdenyut yang teramat. Dunia seakan berpusing menari-nari di hadapanku. Hampir-hampir tersembam ke permukaan tanah sewaktu menaiki tangga menuju ke perpustakaan terbesar di Asia Tenggara - Perpustakaan Tun Sri Lanang yang terletak di universiti kebanggaanku, UKM. "Mungkin sakit kepala biasa, lagipun sekarang ni kan musim panas." Aku bermonolog sendirian.


Sampai2 je kat library, dengan air cond tak de, fuhhh memang panas tak tawu nak kata apa lah kan. Menyirap jugak lah. Tapi aku cuba untuk bersabar. Ingat balik niat kenapa aku datang ke situ. Untuk study. Cehh konon. Hahaha. Yelah, mana tak nya, duduk kat dalam bilik, memang bertuah sangat lah kalau aku nak study. Cuba korang tanya roomate aku, pernah ke dia nampak aku study dalam bilik? Mungkin ada, tapi boleh dikira dengan jari hoccay. Pada aku, bilik bukanlah tempat yang sesuai untuk study. Sebab tu aku gagahkan diri untuk menapak ke library.. =,=


Itulah kali pertama aku study kat library tapi tak masuk2 otak. Panas kot. Ggggrrr. Last2, duduk dekat depan TV (sebab kawasaan tu berangin sikit) -bajet nak study, sekali tengok cter hidustan. Errkk! Shah Rukh Khan kot heronya. Jangan memain. Ngeee. Petang tu, aku join member pergi pasar malam berdekatan dengan KUIS. Dah alang2 tu, pusing sekali la KUIS tu. Perghh. Saling tak tumpah macam KUIM, tempat aku amik diploma dulu. Tiba2 rindu KUIM. Hahaha...


Dah la. Panjang pulak intro. Dah lari tajuk. OK lah. Masa kat pasar malam, aku ada nampak air kelapa. Teringin sangat nak beli. Tapi last2 tak beli pun. Aku beli air laici kang sebab nampak menarik. Hakikatnya, aku bukanlah suka sangat air tu. Disebabkan cuaca panas, akhirnya habis jugak lah aku bedal. Rasanya ni lah kali pertama aku minum laici kang. Kesian kan? Tapi dalam masa yang sama, aku frust gler, tertanya2 jugak dalam hati ;
-Kenapalah aku tak beli je air kelapa tu. Lepas ni bila lagi nak jumpa air kelapa. Ohhh air kelapaku... =(  


Mungkin inilah petanda yang sebenarnya aku terkena chicken pox. Apa kait? Orang tua2 kan cakap, kalau nak lekas sembuh daripada chicken pox, banyakkan minum air kelapa. Sobsss.. =(


Malam tu, aku kena demam panas. Pening sepening peningnya. Lepas Isyak, tampal koyok, terus tidur. Teruk gler. Time Subuh pulak terasa berat je nak bangun. Mungkin paling teruk setakat yang pernah aku alami seumur hidupku. Pagi tu jugak, aku dapati ada 3 ketul bintik tumbuh di bahagian hidung, dahi & pipi, (yang pada asalnya ku sangka jerawat - konon2 stress sebab exam), lalu ku sental la dengan pencuci muka semahu-mahunya. Perghh. Pedih gler. Aku da mula rasa was-was. Dalam hati kecilku berkata, "Ni bukan jerawat ni. Entah2 ada serangga gigit masa aku tidur malam tadi, mungkin jugak aku terkena chicken pox! Hah?! Chicken pox??? Biar betul??? Ni kena pergi klinik cepat ni!!!!"


Selesai je mandi, aku terus meluru ke arah rakan2 ku untuk bertanyakan tentang bintik tersebut. Nak tawu apa diorang cakap? Ni haa jawapannya,
"Betul laa ni chicken pox, sebab kita pernah kena." 
Mak aiyhh. Berderau jantung aku. Tiba2 rasa macam berada di awang-awangan. Banyak betul ujian sem ni. Dah la demam memanjang, pastu kena chicken pox pulak tuh. Hukhuk. Sengsara hidup. Uwaaaa.... =(


Pergi klinik, habis kopak RM 65 beli ubat. Doktor bagi MC seminggu. Aku nekad untuk postpone 2 paper minggu ni. Muka dah teruk. Bintik2 merah tumbuh sana sini. Malunya nak berhadapan dengan orang lain, even roomate sendiri. Kalau korang tengok lah keadaan aku sekarang ni, ohhhh...lebih baik tak payah tengok. Hahaha. Nak je aku snap gambar muka, pastu letak dalam blog ni. Tapi tak payah lah kan. Wuwuwuw. Malu... =,=


Habis renyuk..Frust punya pasal..Hehehe...


Sekarang ni aku berusaha keras untuk makan ubat, dan ikut pantang larang. Rasa macam orang baru lepas bersalin pulak nak kena pantang2 bagai. Seumur hidup, aku tak pernah habis makan ubat walau dilanda apa jua penyakit. Aku bangga dengan tahap imunisasiku yang agak kuat. Hohoho. Tapi tidak kali ni. Aku berazam untuk habiskan semua ubat2 yang mahal gler tu demi cepat sembuh. Teringat masa kecik2 dulu, aku merupakan kanak2 riang yang agak jarang dihinggapi penyakit. Untuk pengetahuan, ni lah kali pertama aku kena CP, dan sekarang barulah aku faham perasaan orang2 yang pernah kena CP nih...

Malu + hilang keyakinan diri + sengsara. 


Kenapa mesti kena CP time2 final exam ni. Ujian oh ujian. Tabahlah wahai hati. Walaupun aku berjaya membuat penangguhan peperiksaan, tapi aku still kena amik paper tu sebelum naik cuti sem depan, means dalam waktu cuti ni jugak lah kena amik. Sorang2 pulak tuh. Erkkk! Takpelah, nak buat macam mana. Wuwuwuwuw. Doakan aku cepat sembuh... =(



p/s: Sila beri feedback anda tentang cara2 untuk mempercepatkan proses baik pulih drpd CP nih. Segala tips yang dikongsi amatlah dihargai. TQ.. 


12 comments:

  1. nk try kena tak? dtg la cni...ley bg virus cket...sharing virus...coz sharing is caring..weeee~

    ReplyDelete
  2. em em em.
    ritu anak sedara saya kena.
    pastu muka dia tumbuh yg bintik2 tu kan?
    then, kakak saya pun beli BioOil suh tepek kat tempat yg berCP itu. Alhamdulillah, da comel semula. ^_^

    ohh..pantang dia jgn mkn makanan laut kan?

    Semoga cepat sembuh! :)

    ReplyDelete
  3. cian dia..sy pnh gak kena CP ni tp time sklh mngh,xslap 3x kowt..mmg sengsara dbuatnya..yg ptg nad kn b,ptg..jgn mkn mknn yg gtl2 taw..lau blh guna sabun dettol ms mdi..btw byk lg ptg lrgnye..tp wat ms ni nad ikut dulu ptgnyer ni taw..insyallah sy dtg bwk air kelapa t..

    ReplyDelete
  4. huhu..sape ni? mencurigakan...
    btw, thanks!!!! =D

    ReplyDelete
  5. sape yer2..sy pun xknl spe sy ni..hehe..s.admire awk kowt..jgn lupe mkn obat,tp ingt pas mkn ye..

    ReplyDelete
  6. haha..orite..bwk air kelapa byk2 taw...

    ReplyDelete
  7. bkn stkt airnye jer..pkok skli ley bwk..pastu tnm dpn blik erk..

    ReplyDelete
  8. tulahh taknak bagi orang datang bilik :p

    ReplyDelete

Komen Selagi Boleh