Pengalaman Hiking di Gunung Ledang


8 & 9 Feb 2016.
Tarikh keramat gua naik gunung selepas bertahun jugak tak jejak situ.
Tak sangka woiiii dapat tawan puncak Gunung Ledang!!!


: Hari Pertama :

Janji pukul 7.30 pagi berkumpul. Fine.
Last2 pukul 10 lebih jugak lahhh baru mendaki hmm haha..
Aktiviti ni under Backpackers Mountains Malaysia (BMM).
First time aku join group ni pastu tersuka tanpa sengaja tak sabar nak hiking lagi ekeke~

Let's go eberebadeh~!!!
Sampai kat checkpoint Kolam Gajah, kedatangan disambut meriah oleh sekumpulan ikan tengas yang jinak ni. Celup je tangan terus berdesup ikan2 tu datang nak bersalam dengan kitorang haha.

Pacak khemah la tunggu apa lagi kan hehek!
Aku pun macam reti ah kan nak pasang2 khemah ni.
Mujur ada Pamoga Kak Lin yang tunjukkan cara2 pasang khemah kat kitorang.

Lepas pasang khemah, rehat jap pastu nindiaaa..
Misi menerokai port mandi air terjun yang tertinggi kat gunung ni.

Perasaan aku bila sampai sini? Haruslah teruja. 
Lagi teruja kalau nak dibandingkan korang terjumpa dengan Aaron Aziz.
Memperkenalkan... Air Terjun Berkembar Petronas! Eh silap, Twin Waterfalls! Sejuk baq ang~
Kalau twin mana kembarnya? Haha nak tahu kenalah datang tengok sendiri wekkk~

Semua poyo je ni padahal memasing tengah kesejukan.
Nampak je kamera semua nak beraksi. Sudahlah koranggg hahahaha~

OK dah tu je aktiviti masa hari pertama.
Balik dari Twin Waterfalls, salin baju, makan, solat, tidur haha~
Gelap2 memang tidur jela kau nak buat apa lagi zzzzz~



: Hari Kedua :


Seawal jam 3 pagi, kitorang mulakan trekking dari campsite menuju puncak.
Keadaan memang jangan cakaplah. Cenggini haaa. Jalan meraba walaupun masing2 ada lampu.

Pukul 7pagi sampai puncak. Kombinasi awan, angin, matahari fuhh perfect view!

Pernah terbaca, Gunung Ledang ni merupakan gunung keenam yang paling susah didaki di Malaysia. Yeke susah? Mungkin susah untuk mereka yang tak minat aktiviti lasak je kot. Tapi jujur aku katakan, ia takdelah sesusah manapun kikiki. Puas gila dapat naik sampai puncak hahaha!!!


Majoriti memang baru first time sampai puncak haha terbaik~

Mungkin yang menjadikannya sedikit senang sebab masa nak turun tu kitorang ikut laluan KFC daripada arah atas. Maknanya kitorang turun bukit, bukannya naik bukit haha. Ni cerita masa nak balik dari puncak ke campsite laa. Lepas je checkpoint Taman Bonsai tu, kitorang jumpa satu batu besar gila. Orang panggil batu ni 'Batu Hamparan'. Ku hamparkan kasih padamu. Giteww..

Kat batu ni ada tali. Nak turun guna tali bajet2 macam abseiling memang kegemaran aku haha!
Untuk sesape yang gayat tu, tak payah la try. Better korang bergayut atas pokok tepi rumah korang jela ehh. Dia punya perasaan excited tu tak dapat nak dibendung sampaikan aku volunteer untuk jadi orang pertama yang turun dulu hahaha. Gila best sampai rasa nak turun, naik balik, pastu turun balik, tak nak bagi orang lain cuba. Hmmm nasib baik aku ni baik orangnya so lepas je lalu batu tu aku terus bawak diri turun sorang2 pergi laa ke next checkpoint. Nak tunggu orang lain sikit punya lama nak bergambar la apela haha.. T_T

Nak dipendekkan cerita, semua orang yang join group kali ni berjaya naik sampai ke puncak dan turun balik dengan jayanya walaupun gap masa antara orang pertama dengan orang terakhir adalah 3 jam hahahaha! Ada yang sesat sebab terikut laluan lain, yang kejang la, kejung lagi. Kesiannnn~

Gambar sebelum balik weeee~

So ni lah family potrait kitorang wkwkwkw.
Muka handsome yang tengah pakai baju merah tu Abang Aus, guide kitorang.
Terima kasih Abang sebab sabar dengan perangai kitorang yang tah pape ni.

Ok lah. Mission accomplished!
Aku tak sangka yang aku boleh jatuh cinta dengan keindahan gunung ni.
Kesimpulannya korang wajib try naik sampai puncak okey?!
Tapi, kena booking tarikh dulu dengan pihak sana sebab limit 150 person per day untuk hiking.
Haaa tunggu apa lagi.. Pergi laa booking cepat2..


Untuk maklumat lanjut, sila klik link kat bawah ni okey..
http://www.tamanhutanlagenda.com/
http://www.tamanhutanlagenda.blogspot.my/


p/s:
Dua hari lepas hiking tu aku ada exam.
Hahaha nak nangis je rasa sampai2 rumah terus kena hadap buku.
Tapi serius aku cakap, berbaloi laa pergi sini sebab dia punya kepuasan tu tak terungkap dengan kata2.. :D